Saturday, 25 April 2015

Diskusi bersama Doktor (S11-S20)

Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soalan 11
Apa rawatan yang patut dibuat unuk mempercepatkan kulit tumbuh kembali..baru2 saudara ini terkena letupan gas..bila dibawa ke hospital,doctor buang kulit yang terbakar dan sapu dengan colagen.
Plz advise doc.tq

Jawapan 11
Burn
Dalam keadaan kulit yg dah terbakar, memang kulit baru akan tumbuh, but old skin burned akan menghalang pertumbuhan kulit baru, thats's why Dr akan buang kulit lama yg dh terbakar, x sakit pun masa buang tu sebab kulit tu dh mati.
Benarkah sapu kolagen? Biasanya sapu ubat terbakar (ssd). Bila terbakar ni perlu banyak minum air & banyak makanan berprotein untuk bagi tenaga & pembentukan kulit baru.
Wallahu'alam

Soalan 12
1. Bagaimana nk merawat jerawat dan jeragat di muka?
2. Cara nk merawat mcm mna doc??

Jawapan 12
1. Jerawat ni sebenarnya jenis jangkitan pada liang roma kulit, kena make sure kulit kita bersih dari
    habuk & minyak. Ade org yg sesuai pakai pencuci muka, ada yg sesuai cuma basuh dgn air bersih.     Paras hormon juga mainkan peranan pd rembesan peluh, jerawat selalu terjadi nial stress & prior         to haid.Wallahu'alam
2. Utk jerawat tu banyak product kosmetic di pasaran, contohnya oxy...boleh
     try apply nipis, kalau kulit jadi menggelupas, maknanya kena try product lain @ kalau teruk  
    sangat jerawat tu boleh jumpa pakar kulit. Pakar kulit yg sy maksudkan adalah Dr perubatan bukan     kosmetic people.Wallahu'alam

Soalan 13
Mengenai tonsil juga tapi jika kanak2 yg terkena tonsil 2 tahun ke bawah, apa yg d sarankan oleh dctr slain drpada mngambil ubat? mngkin kanak2 tak sesuai utk mngambil ubat? (sebab anak buah saya 2 org telah terkena tonsil umur kurang dr 2 tahun)

Jawapan 13
Tonsil tu sekadar rawat secara simptimatik. Mcm demam selsema...kita bagi ubat yg memadai utk mengawal simptom. Namun tonsil mula bermasalah....bila seseorang tu kerap demam kerana tonsil seperti demam 2 kali dlm sebulan...atau lebih 5 kali demam tonsil dlm setahun...benda ni perlukan pembedahan

Soalan 14
1. Saya baru jalani pembedahan kolagen sbb tgn tbakar sbb letupan api dapur gas..
   Soalan : perlukah saya ambik apa2 supliment utk pcepatkan proses ptumbuhan kulit.. Dan betul ke      pembedahan ni dpt elakkan parut?
2. Maksud nya tgn saya akan tetap berparut ke?

Jawapan 14
1. Segala healing proceaa boleh menyebabkan parut , lebih2 lagi jika luka tu melibatkan sekeliling  
    anggota...ia boleh sembuh dgn parut sehingga tangan menjadi ketat. Saya fikir diornag
    akan tampal kulit utk elak komplikasi begitu
2. Tak semestinya....maksud saya berparut tu kalau biar sembuh secara sendiri.....tp ada cara  
    mencegah. Saya fikir dr plastik lebih arif

Soalan 15
 Salam doc. Blood pressure saya 93/68. Kdg2 lebih rendah dan pernah 80/50. Saya selalu sakit tengkuk dan sakit kepala. Apakah yang menyebabkan bp rendah? Bagaimanakah cara utk tingkatkan bp? Apakah kesan bp rendah trhdp tubuh bdn selain dpd pening dan sakit tengkuk? Adakah saya bole kena strok?

Jawapan 15
Cara measurement tekanan darah pun penting....kadang2 org yg lengan kecik mcm lidi selalu tekanan darah rendah kerana isubteknikal. Malah cuff saiz pun penting....kalau terlalu kecik atau besar boleh jejas bacaan. Apa2pun dari potrait noraida...tampakny orgnya kecik molek...mungkin dekat lengan atas tangan kecik rasamta


Soalan 16
Adakah kesan pengambilan epidural ketika bersalin menyebabkan sakit pinggang@ sakit2 lain. Andai benar ia akn menyebabkn sakit2 badan@ sakit pinggang,bagaimana cara mencegah@  merawat agar kembali normal.Adakah perlu buat rawatan lain?

Jawapan 16
Epidural akan sakit sikit di tempat yg di cucuk, bukan sakit belakang keseluruhan, yg biasa terjadi adalah sakit kepala. Rawatan adalah rawatan simtom, kalau pening bagi ubat pening, sakit belakang ubat sakit tahan etc.

Soalan 17
‌‌ ‍‌‌‌‍‌‌Saya suspect terkena stomach flu, symptom of vomitting without warning, no fever and I think I get it from my sons and family, soalan saya what is the treatment for this? tido pun tak lena‌‌‍‌‍‍‌

Jawapan 17
Stomach flu? Sy x paham.
Rawatan adalah rawatan simptom utk muntah, sakit perut & air garam (ORS). Kena minum banyak air kosong yg di masak. Requirement for day 2L for man age 35 with bodyweight 70kg. Kalau muntah2 maka kena minum air lebih utk replace water in ur body.

Soalan 18
Assalamualaikum,
Soalan saya. Saya nak tahu petanda pesakit yang allergic antibiotik penicilin. Saya antara yang dikesan allergic pada ubat ni. Pernah saya rasa macam sesak nafas dan sakit dada dan lain-lain.
Bukan sekali saya pernah dapat penicilin, tapi kesan dia macam tu la setiap kali, dan saya terpaksa berhenti makan.

Saya ada pergi ke hospital, pihak farmasi nak bagi ubat dekat saya, tapi bila dia check, ubat tu 1 group dengan penicilin. Kemudian, mereka tukar. Dan berikan saya cephalexin. Kata mereka tu ibarat sepupu sepapat pencipin la. Hehe. Tapi dengan pesanan, andai kata saya rasa tak ok makan dalam sehari dua, saya datang ke hospital lagi, refer doctor n tukar ubat.
Masalahnya , saya takut nak makan. ;)
Apa patut saya buat?

Jawapan 18
Allergic pada ubat
Tanda2 allergic ni sama jika allergic pd ubat @ makanan. Badan akan naik ruam2 merah macam kelopak garam, gatal, jika tanda yg teruk adalah bengkak bibir, muka & sesak nafas. Jika berlaku begini, kena cepat pergi kecemasan.

Soalan 19
doktor sy nk tahu adakah lebam yg kite nampak pd kulit sama ada dipukul atau terlanggar menandakan ade darah beku dibawah kulit.jika ia darah beku adakah ia sama seperti darah beku dlm salur darah @ trombosis.

Jawapan 19
Lebam disebabkan ade keradangan pada tisu badan, keradangan boleh melibatkan ada darah beku di bawah kulit. Darah beku ni akan diserap kembali ke dlm badan kita.

Ia berbeza dgn darah beku dlm salur darah di mana darah ini boleh pergi ke tempat lain & menyumbat salur darah yg kecil. Implikasi bergantung keoada temoat yg tersumbat, kalau di jantung boleh dpt serangan jantung, kalau di otak boleh dpt stroke etc.

Soalan 20
As salam,sy nak tanya nie,adakah kesan daripada pengambilan suppliment...contohnya seperti supliment untuk rawat kulit,untuk hilangkan parut ke

Jawapan 20
Setiap ubat @ bahan @ makanan @ minuman yg kita ambil boleh ade kesan sampingan jika tubuh kita alah dgn bahan tersebut @ kita ambil dlm kuantiti yg banyak. Begitu juga supplement & ubat2. Kesan sampingan bergantung kepada supplement tersebut. Sy hanya sebut secara general. U all kena tanya sendiri pd penjual supplement tersebut apa kesan sampingannya. Jika penjual kata tiada kesan sampingan, maknanya si penjual tidak amanah @ kurang pengetahuan tentang produk jualannya.



No comments:

Post a Comment