Rukun ke 2: Berdiri Jika Mampu
Rujuk Fiqh Manhaji mukasurat 283:
Wajib berdiri jika mampu & rujuk
kepada 2 hadis dibawah ini:-
1. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Solatlah kamu dalam keadaan berdiri,
sekiranya kamu tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, dan jika tidak mampu juga
lakukan secara mengiring”
[Riwayat Bukhari]
..
2. Nabi saw bersabda,
"Barangsiapa yang bersolat berdiri
ia adalah lebih baik, barangsiapa bersolat secara duduk ia mendapat separuh
pahala orang berdiri"
[Hadith Muttafaq Alaih]
Di dalam lafaz Imam Muslim # 735 pula
berbunyi "Solat seorang lelaki secara duduk pahalanya adalah separuh
solat" [al-Mughni, 1/811]
Untuk solat sunat, disunnahkan untuk
berdiri, tidak wajib. Namun keadaan berdiri lebih utama daripada duduk.
Nota Tambahan dari ebook Ringkasan Sifat
Solat Nabi saw Syeikh Albani rh:
Wajib bagi yang melakukan solat untuk
berdiri, dan ini adalah rukun, kecuali bagi :
a. Orang yang solat khauf ketika perang
berkecamuk dengan hebat, maka dibolehkan baginya solat diatas kenderaannya.
b. Orang yang sakit yang tidak mampu
berdiri, maka boleh baginya solat sambil duduk dan bila tidak mampu
diperkenankan sambil berbaring.
c. Orang yang solat nafilah (sunnah)
dibolehkan solat di atas kendaraan atau sambil duduk jika dia mahu, adapun
rukuk dan sujudnya cukup dengan isyarat kepalanya, demikian pula orang yang
sakit, dan ia menjadikan sujudnya lebih rendah dari rukuknya.
Nota Tambahan boleh download di link di bawah:
https://drive.google.com/folderview?id=0B9twhD8_k3w-fmx1ZnljVk9Zbk5wOTFYMlM1MWJKN2dyWndqSVJlV2oxUWdNam83SlNHMTA&usp=sharing
Nota Tambahan boleh download di link di bawah:
https://drive.google.com/folderview?id=0B9twhD8_k3w-fmx1ZnljVk9Zbk5wOTFYMlM1MWJKN2dyWndqSVJlV2oxUWdNam83SlNHMTA&usp=sharing
Rujuk juga video ini untuk faham lebih lanjut tantang rukun ke 2 ini:
http://carasholat.com/tata-cara-shalat-nabi-berdiri-ketika-shalat/
Atau download di sini:
https://drive.google.com/file/d/0B9twhD8_k3w-YmJFbHJNYnhVR0E/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B9twhD8_k3w-YmJFbHJNYnhVR0E/view?usp=sharing
bantuan bahasa untuk video diatas:
indonesia : melayu
pundak : bahu
punggung : belakang badan
bisa : boleh
harus : hendaklah
indonesia : melayu
pundak : bahu
punggung : belakang badan
bisa : boleh
harus : hendaklah
No comments:
Post a Comment