Tuesday, 28 April 2015

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 1
Alan noor Nokman, [10.04.15 11:06]
Assalamualaikum ustaz zuraideey..saya agak kurang jelas tentang solat menggabungkan duduk dan berdiri dalam nota tambahan tu..

1.bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?
2.nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 1
Zuraideey Abdul Mutalib, [10.04.15 18:23]
Soalan no 1: "bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?"
[solat fardu mesti/wajib berdiri. Solat sunat, dibolehkan duduk walaupun tiada uzur]

1. Rujuk semual buku Fiqh Manhaji, rukun ke 2 solat adalah berdiri. Rukun bermakna, solat tidak sah jika tidak lakukan rukun jika ia mampu.

Didalam buku tersebut tidak dinyatakan dalil nya, tetapi boleh rujuk disini [http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/tata-cara-berdiri-dalam-shalat.html] untuk tahu dalil rukun ini & secara ringkasnya, hadis ini adalah dalil untuk rukun ini:
Nabi saw bersabda:
“Jika engkau berdiri untuk shalat, ambilah wudhu lalu menghadap kiblat dan bertakbirlah…” (HR. Bukhari 757, Muslim 397)
Menunjukkan tata cara yang disebutkan Nabi tersebut adalah hal-hal yang membuat solat menjadi sah, diantaranya berdiri. Maka tidak sah solat seseorang yang tidak dilakukan dengan berdiri padahal ia mampu untuk berdiri. Ini adalah khusus untuk solat wajib sahaja.
Solat sunat, boleh duduk tetapi pahalanya adalah separuh (rujuk hadis didalam nota 3 disini)

Soalan 2
Nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 2
Saya sertakan pendapat2 ulamak2 untuk bab sutrah/pembatas:
1. Wajib. Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, Asy Syaukani dan pendapat yang dikuatkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani.
2. Sunnah secara mutlak. Ini merupakan pendapat Syafi’iyyah dan salah satu pendapat Imam Malik
3. Sunnah jika dikhawatirkan ada yang lewat. Ini merupakan pendapat Malikiyyah dan Hanafiyyah.
4. Sunnah bagi imam dan munfarid. Ini pendapat Hanabilah (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 24/178, Tamaamul Minnah, 300).
[Rujuk: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/sutrah-shalat-1-hukum-sutrah.html]

Info tambahan: jika uzur, adakah berkurangan pahala solat jika tidak berdiri?

Berkata Imam Nawawi rh pula :

أجمعت الأمة على أن من عجز عن القيام في الفريضة صلاها قاعداً ولا إعادة عليه ، قال أصحابنا : ولا ينقص ثوابه عن ثوابه في حال القيام ؛ لأنه معذور ،
"Umat sepakat bahawa barangsiapa yang tidak mampu berdiri semasa solat fardu, maka solatnya adalah solat duduk, dan dia tidak perlu mengulangi solatnya. Berkata sahabat kami : ganjaran pahalanya tidak berkurangan dari mereka yang bersolat berdiri kerana keuzurannya" [al-Majmu', 4/226].
[rujuk: http://kaminms.blogspot.com/2014/09/hukum-solat-di-atas-kerusi-bahagian-1.html]

Soalan 3
Assalamualaikum ustaz. Dalam video tu ada ditekankan makmum perlu berdiri dengan jarak kaki (kankang) yg sesuai supaya kaki (buku lali) bertemu kaki. Lazimnya ini agak sukar (untuk pastikan buku lali bertemu buku lali). Jesteru pernah juga saya dengar lebih ditekankan bahu bertemu bahu.
Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan.

Jawapan 3
Waalaikumussalam,
Soalan: "Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan."
Rujuk komen dari Imam Nawawi rh & al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh untuk hadis2 berkaitan dengan meluruskan saf:

1. Rasulullah saw pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda :
“Tegakkanlah (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian. Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. 
An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]
Kata Imam Nawawi rh (wafat 676 hijrah):
"Dianggap sebagai bersambungnya satu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan) bahu dengan bahu" [al-Majmu' Syatah al-Muhadzab, 4/306]

2. Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku."
Anas berkata "Maka setuap seorang dari kami saling merapatkan bahu-bahu mereka dengan kaki-kaki sahabat mereka yang disebelah " [HR Bukhari, no 725]
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh (wafat 852 hijrah):
"Dan hadis ini memberi gambaran (penjelasan)bahawa perbuatan (merapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki) yang disebutkan tersebut memng diterapkan (atau dilaksanakan) di zaman Nabi saw, dan dengan ini, menjadi lengkaplah gambaran keterangan ke atas penjelasn maksud " Meraikan dan meluruskan saf-saf" [Fathul Bari 2/211]

Rujukan :http://www.ilmusunnah.com/beginilah-seharusnya-merapatkan-saf-ketika-solat-berjamaah/
Rujuk perkataan Imam Nawawi rh untuk kaitkan dengan soalan tersebut.

Nota Tambahan bab Luruskan Saf:
Begini gambaran saf berjamaah mengikut Sunnah Sahih (Sifat Solat nabi saw)


Soalan 4
Ustad..contoh kalau ma'mum batal solat..perlukah ma'mum itu keluar dari saf? Jika ma'mum keluar dari saf,bukankah ia melintasi kawasan sutrah ma'mum lain? Mohon pencerahan ustad

Jawapan 4
Ma'mum yang terbatal solat (contohnya bercakap-cakap, atau ketawa) tak perlu keluar dari saf. Cukup sekadar memulakan solat kembali dengan takbiratul ihram, dan mengikuti imam.
Ma'mum yang terbatal wudhu'nya (contohnya terkentut) perlu segera keluar dari saf untuk berwudhu' dan segera solat kembali untuk mendapatkan pahala jama`ah bersama imam. Apabila wudhu'nya terbatal, dibolehkan bagi ma'mum tersebut untuk berjalan di antara saf, kerana dalam solat jama`ah sutrah imam akan menjadi sutrah ma'mum.
Ini berdasarkan hadits Ibn` Abbas radhiyallahu `anhuma:
أقبَلْتُ راكبًا على حِمارٍ أَتانٍ، وأنا يومَئذٍ قد ناهَزْتُ الاحتِلامَ، ورسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يصلِّي بمِنًى إلى غيرِ جدارٍ، فمَرَرْتُ بين يدَي بعضِ الصفِّ، فنزَلْتُ وأرسَلْتُ الأَتانَ تَرتَعُ، ودخَلْتُ في الصفِّ، فلم يُنكِرْ ذلك عليَّ أحدٌ .
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 861 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku tiba dengan menunggang seekor keldai betina, pada waktu tersebut aku hampir mencapai usia baligh. Sedangkan Rasulullah ﷺ sedang solat di Mina tanpa menghadap ke dinding, kemudian aku menunggang di antara saf, dan aku turun dan membiarkan keldaiku mencari makan. Lalu aku masuk ke saf, dan tiada seorang pun yang menegurku.
Perawi: `Abdullah bin `Abbas * Muhhadits: Al-Bukhari
Sumber: Shahih Al-Bukhari * Nombor: 861 * Status: Shahih
Berdasarkan hadits ini, para `ulama' mengatakan sutrah imam menjadi sutrah ma'mumnya. Maksudnya dalam solat berjama`ah hanya imam yang perlukan sutrah.
* Harus berhati-hati ketika berjalan di antara saf, kerana sebahagian ma'mum meletakkan kacamatanya di lantai ketika solat. Saya pernah meilhat seorang kanak-kanak berlari-lari antara saf ketika solat tarawih dan dia terpijak kacamata seorang ma'mum.
Wallahu a`lam.

Soalan 5
Bolehkah ketika solat, kita berkomunikasi dengan org sebelah agar meluruskan safnya?

Jawapan 5
Tentang berkomunikasi dengan orang yang berada di sebelah kita, mungkin boleh guna kaedah yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ.
بِتُّ عندَ خالتي ، فقام النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يُصلِّي من الليلِ ، فقمتُ أُصلِّي معهُ ، فقمتُ عن يسارِهِ ، فأخذَ برأسي فأَقَامَنِي عن يَمِينِهِ
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 699 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, lalu Nabi ﷺ bangun untuk solat malam, lalu aku bangun dan solat bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda, lalu baginda memegang kepalaku, dan menarik aku ke sebelah kanannya.
Berpedomankan hadits ini, bererti kita boleh menarik ma'mum di sebelah kita untuk lebih rapat ke arah kita, boleh menariknya untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Selain cara ini, saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak menggunakan cara lain.
* Hendaklah berhati-hati sekiranya menggunakan kaedah ini, kerana dibimbangi terjadinya fitnah. Ini kerana masyarakat kita berpegang kepada mazhab Asy-Syafi`iyyah yang mengatakan pergerakan anggota besar sebanyak 3 kali berturut-turut membatalkan solat.
Wallahu a`lam.
Nota:* "Aku" dalam hadith di atas adalah Ibn `Abbas.

Soalan 6
Assalamualaikum.. saya nak bertanya.. selepas ikhtidal sebelum sujud kita perlu turunkan tangan dahulu atau lutut.. yang mana menepati sunnah nabi s.a.w.. mohon pencerahan ustaz..

Jawapan 6
Para `ulama' berbeza pendapat dalam bab ini. Ada yang mengatakan lutut terlebih dahulu, ada pula yang mengatakan tangan terlebih dahulu.
Hadits (1): Meletakkan lutut sebelum tangan, daripada Wa'il bin Hujr:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ يَضَعُ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ ، وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Kata Wa'il bin Hujr: Aku melihat Rasulullah ﷺ apabila sujud, baginda meletakkan kedua-dua lututnya sebelum kedua-dua tangannya. Apabila baginda bangkit, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Kata Ath-Tharifi (الطريفي), hadits ini dikritik oleh Ad-Daraquthni. Kata Ad-Daraquthni: "Tiada yang meriwayatkan hadits ini daripada `Ashim bin Kulaib melainkan Syarik. Syarik bukanlah seorang perawi yang kuat apabila dia meriwayatkan suatu hadits secara bersendirian."
Hadits (2): Meletakkan tangan sebelum lutut, daripada Abu Hurairah:
إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Sabda Rasulullah ﷺ: Apabila salah seorang antara kalian sujud, janganlah turun sebagaimana turunnya unta. Dan hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Menurut Syaikh Ath-Tharifi, hadits ini didha`ifkan oleh Al-Bukhari, At-Tirmidzi, Ad-Daraquthni.
Namun, menurut Ath-Tharifi, `Umar Al-Khatthab radhiyallahu `anhu apabila sujud beliau meletakkan kedua-dua lutut sebelum kedua-dua tangan. Sedangkan anaknya, iaitu `Abdullah bin `Umar radhiyallahu `anhuma apabila sujud meletakkan kedua-dua tangan sebelum kedua-dua lutut. Kesimpulan daripada Ath-Tharifi: Pilih yang mana yang bersesuaian.
* Sesiapa yang sakit lutut, mungkin lebih sesuai baginya untuk meletakkan tangan terlebih dahulu. Begitu juga dengan orang yang terlebih berat badan (namun dia kena berusaha untuk mengurangkan berat badannya - nasihat ikhlas daripada seorang doktor).
Wallahu a`lam.

Soalan 7
Kalau imam dah habis tp kita masih berbaki dua rakaat.. Adkh yg mnjadi sutrah masih si imam?
Jika perkara seperti itu berlaku, adakah dibenarkan utk sesiapa yg lalu dan nmpak akan hal tersebut dtg meletakkan sutrah di depan org itu..?

Jawapan 7
Apabila imam selesai solat, maka sutrah imam tidak lagi menjadi sutrah bagi ma'mum masbuq. Ma'mum tersebut dikira bernasib baik seandainya ada ma'mum yang masih duduk di hadapannya, atau pun sekiranya dia solat di belakang tiang yang sudah pasti tidak akan bergerak ke mana-mana.
Setahu saya, boleh meletakkan sutrah di depan org itu. Misalnya kawan kita masbuq sedangkan kita telah selesai solat bersama imam, kita boleh letakkan sutrah di hadapannya. Saya biasanya letak beg sebagai sutrah.

No comments:

Post a Comment