Sunday 26 April 2015

Sifat Solat Nabi

Sifat Solat Nabi

Pengenalan

1.      Dalam Shahih Bukhari dan Muslim Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawasanya dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai yang Anda mandi disana setiap harinya lima kali, apakah masih terdapat kotoran?” Para sahabat menjawab, tidak terdapat kotoran sedikitpun, kemudian Rasulullah shallallahu wa sallam melanjutkan, “Demikianlah solat lima waktu, Allah menghapus segala dosa dengannya” (HR Bukhari No. 528 dan Muslim no. 283)

2.      Kedudukan solat lima waktu dalam agama ini adalah ibarat tiang dari suatu khemah/rumah/bangunan. Tiang yang dimaksud di sini adalah tiang utama. Ertinya jika tiang utama ini roboh, maka tentu suatu kemah/rumah/bangunan akan roboh/runtuh.

3.      Dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ  
“Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” 

(HR. Tirmidzi no. 2616 dan Ibnu Majah no. 3973. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadits ini hasan)

  • Dari ‘Abdullah bin ’Umar radhiyallahu ’anhuma, Rasulullah saw bersabda,

بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

“Islam dibangun atas 5 perkara, iaitu :
  1.  bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang benar untuk diibadahi kecuali Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan-Nya,
  2.  mendirikan solat,
  3. menunaikan zakat,
  4. mengerjakan haji ke Baitullah -bagi yang mampu-, 
  5. berpuasa di bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)

Faedah yang boleh kita ambil dari hadits di atas:
  1.  Dikatakan dalam hadits ini bahawa islam adalah seperti khemah/rumah/bangunan yang didirikan di atas lima tiang (rukun). Apabila tiang yang terbesar tersebut runtuh, maka runtuhlah kubah Islam.
  2. Dalam hadits ini juga disebutkan bahawa rukun-rukun Islam adalah tiang-tiang suatu kubah (bukan tiang biasa). Di situ ada 2 kalimat syahadat. Kedua kalimat tersebut adalah rukun. Di situ juga ada solat dan zakat yang masing-masing sebagai rukun. Lalu bagaimanalah kubah Islam tetap terus berdiri jika salah satu dari tiang kubah sudah tidak ada, walaupun rukun yang lain masih ada?
  3.  Rukun atau tiang Islam tadi dimasukkan dalam nama Islam. Maksudnya, jika hilang sebahagian rukun, maka hilanglah nama Islam. Lebih-lebih hal ini disebut sebagai rukun atau tiang.

4.      Jumhur para Ulama telah sepakat bahawa hukum meninggalkan solat wajib termasuk dari Dosa Besar yang lebih besar dari dosa besar lainnya.

  • Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)
  • Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” (Al Kaba’ir, hal. 25)
  • Amirul Mukminin, Umar bin Al Khaththob radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, berarti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“

5.      Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah telah menceritakan kepada kami Malik bin Al Huwairits berkata, “Kami mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang ketika itu kami masih muda sejajar umurnya, kemudian kami bermukim di sisi beliau selama dua puluh malam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang pribadi yang lembut.

      Maka ketika beliau menaksir bahawa kami sudah rindu dan selera terhadap isteri-isteri kami, beliau bersabda:
“Kembalilah kalian untuk menemui isteri-isteri kalian, berdiamlah bersama mereka, ajari dan suruhlah mereka, ” dan beliau menyebut beberapa perkara yang sebagian kami ingat dan sebagiannya tidak, “dan solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika solat telah tiba, hendaklah salah seorang di antara kalian melakukan adzan dan yang paling dewasa menjadi imam.”(HR.Bukhari no.6705, Ad Darimi no.1225) Kitab 9 Imam.
Hadith diatas menjelaskan bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam menyuruh kita agar mencontohi beliau dalam melaksanakan solat.


No comments:

Post a Comment