Saturday, 25 April 2015

Diskusi bersama Doktor (S21-S30)

Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soalan 21
Telinga selalu rasa berair waktu tidur...dan rasa gatal-gatal....bulan 6 ni doc kata nk operate nak buang air kt gegendag kalau tak silap....jadi,sy nak tau,ada effect ke tak?

Jawapan 21
Dulu penyakit ini di panggil serous otitis media dan sekarang dinamakan otitis media with effusion. Memang cecair dalam telinga tu kena di keluarkan, doktor akan buat lubang di gegendang telinga dan akan letakkan sejenis alat supaya lubang tak sumbat. Bila dah kering nanti alat itu akan dikeluarkan. Biasanya masalah akan timbul disebabkan oleh cecair dalam telinga.

Soalan 22
Apa sebab tumit selalu rase ngilu terutama bangun dari tidur? Kedua-dua belah kaki.

Jawapan 22
 Itu biasanya di sebabkan calcaneal spur, untuk supaya tidak sakit sangat kena pakai kasut yang lembut tapaknya dan di rumah kena sentiasa pakai slipper yang tebal. Insyaa Allah sakit akan kurang

Soalan 23
Apa penyebab nya dan kenapa telinga sakit yg menyucuk2... dtg sekali sekala.... sakit yg teramat dlm jangka yg pendek...

Jawapan 23
Sakit yang seperti itu mungkin di sebabkan oleh rangsangan saraf c 7, unlikely to be infection sebab sakitnya sekejap

Soalan 24
Ank sy berumur 13 tahun kena buasir...apakah penyebab utama buasir...cara nk elakkan buasir....

Jawapan 24
Penyebab utama buasir ialah sembelit dan kerap cirit, suka menjerit, banyak mengangkat benda berat dan apa jua aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam abdomen dengan tinggi

Soalan 25
Assalam doc,kalau dalam perut terasa pedih macam ada luka bila makan pedas...adakah itu tanda ulser perut?

Jawapan 25
Tidak semestinya ada ulcer, gastritis pun dapat keadaan yang seperti ini


Soalan 26
Ank sy berumur 13 tahun kena buasir...apakah penyebab utama buasir...cara nk elakkan buasir....

Jawapan 26
Penyebab utama buasir ialah sembelit dan kerap cirit, suka menjerit, banyak mengangkat benda berat dan apa jua aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam abdomen dengan tinggi...
untuk elak buasir banyak makan serat dan minum banyak air

Soalan 27
Overweight: Didapati Ow disebabkn air yg berlebihan dlm badan... atau gemuk air...BMI 30. apa rawatan yg bsesuaian di samping diet yg berterusan? tq

Jawapan 27
Overweight di sebabkan tisu lemak yang berlebihan sebenarnya, jadi untuk kurangkan berat kita kena kurangkan makan karbohidrat dan exercise supaya badan kita akan pecahkan lemak untuk membekalkan tenaga. Kata kita hanya kurangkan karbohidrat dan tidak exercise badan kita akan pecahkan protein kerana ia lebih mudah

Soalan 28
Berkenaan life support dlm kes brain dead dan bergantung kepada mesin sahaja. Apa kaedah terbaik menurut syarak?

Jawapan 28
Masya Allah, harap ada yang arif menjawabnya
Peraturan di hospital bergantung pada waris, bila waris kata off baru akan di off kan. Doktor hanya akan beritahu bila pesakit sudah brain death
Hospital akan tunggu sampai waris buat keputusan untuk off, mungkin boleh cari ustaz dan ceritakan situasinya untuk memberi nasihat pada waris

Soalan 29
Doct,sy nk tny tntang simpton2 awal bg seseorg yg akan mengalami migrain.dan apakah langkah2 awal bg mengawal dan mencegah agar migrain lbh kritikal.

Jawapan 29
Migraine merupakan sakit kepala di diagnos by exclusion, bermaksud sakit kepala kemudian akan dilakukan ujian dan bila tidak di dapati sakit apa apa. Biasanya migrain ni sakit kepala patern sakitnya sama setiap kali sakit kepala.
Saya tak pasti ada langkah langkah awal pencegahan. Jika berlaku perubahan pada patern sakit kepala kena buat pemeriksaan lagi di khuatiri ada ketumbuhan di otak

Soalan 30
Assalamualaikum doctor. remedi apa yg bolih saya lakukan secara sendiri d rumah untuk mengelakkan dari artritis atau rhumatism. umur lewat 50an. dan apa sebenarnya penyakit dan symptom2. dan perkara2 yg perlu dbuat atau d elakkan. terima kasih

Jawapan 30
Makan makanan yang seimbang, pastikan cukup calcium, semasa angkat barang berat pastikan tekniknya betul, sentiasa timbang berat supaya tidak terlebih dan exercise dengan cara yang betul, jika berjoging pakailah kasut khas joging


No comments:

Post a Comment