Mari kita kenal penulis-penulis kitab dibawah:
1. Fiqh Manhaji
2. Ensiklopedia Solat
Kita mulakan dengan dengan kenal penulis kitab Fiqh Manhaji as Syafie:
a. Dr. Mustofa Al-Khin
b. Dr. Mustofa Al-Bugho
c. Syeikh Ali Asy-Syarbaji
Hebat rendah diri mereka, sehingga
mereka kekal menyedari diri mereka manusia.
Pesan Nabi sallalLaahu 'alaihi wa
sallam,
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ
التَّوَّابُونَ
Setiap anak Adam itu berbuat silap,
sebaik-baik mereka yang berbuat silap adalah yang bertaubat. [HR Ahmad &
Ibn Majah. al-Arnaut: Hasan]
Nabi juga anak Adam, berbuat silap, juga
sangat-sangat sedikit, yang sangat sedikit, dirakam di dalam al-Quran, tetapi
siapa yang menegur dan membetulkan? Allah sendiri. Dan baginda tetap tawadhu
memohon keampunan dan beramal. Walau telah dijamin syurga dan selamat dari dosa
Para sahabat juga anak Adam, berbuat
silap, dirakamkan dalam hadits-hadits, tetapi siapa yang menegur? Allah dan
Rasul-Nya. Dan mereka juga kekal tawadhu', memohon keampunan dan beramal.
Walaupun sebahagian mereka juga dijamin syurga.
Para ulama, mereka juga anak Adam,
berbuat silap, yang sedikit tentunya, jauh berbanding kita, dirakamkan di dalam
pelbagai rujukan turath. Siapa yang menegur dan membetulkan? Para ulama juga
tetap tawadhu' dan rendah diri.
Benar, bukan tempat dan kedudukan kita
memberi komentar terhadap ulama. Kerana mereka dihormati kerana ilmu mereka.
Dan yang mereka ajarkan kepada kita agar memahami ilmu yang mereka kongsikan,
bukan kesilapan walaupun sedikit yang mereka tahu mereka tak akan terlepas dari
melakukannya kerana hakikat kemanusiaan mereka.
Yang tak lepas dan bebas dari kesalahan
hanya Allah 'azza wa jalla.
Mengiktiraf Nabi sebagai Rasul, dalam
masa yang sama dia adalah manusia. Supaya tak jadi macam Kristian, yang
akhirnya mentuhankan Nabi Isa.
Mengiktiraf para ulama memiliki ilmu
yang hebat, dalam masa yang sama, mengiktiraf mereka sebagai manusia.
Bila disebut satu kesilapan yang mereka
perbuat, kita memuji tuhan, kerana menunjukkan kepada kita bukti bahawa dia
manusia.
Kerana dengan mengatakan ulama bebas
dari salah silap, menjadikan mereka setaraf dengan para Nabi, sedangkan mereka
sendiri benci diperlakukan sedemikian rupa.
Gelaran-gelaran yang mereka terima
seperti Hujjatul-Islam, Naasir as-Sunnah, Muhyi-adDin, dll; tak pernah mereka
minta, malah jika didengar, mereka akan melarang menyebutnya. Kerana tak mahu
dikultuskan dan dikuduskan.
Hebat para ulama dahulu, akhlaq mereka
kita ikuti, kebenaran al-Quran dan as-Sunnah kita dahulukan, sebagaimana mereka
dahulu mendahulukannya.
No comments:
Post a Comment