Tuesday, 28 April 2015

Sifat Solat Nabi - Nota 2 - Niat

Niat:

1. Perbahasan lafaz niat semasa solat.

a. Imam Asy Syafi’i berkata seperti berikut: 
“Jika seseorang berniat haji atau umrah maka itu sah walaupun tidak diucapkan. Berbeza dengan solat, solat tidak sah kecuali dengan pengucapan”. 
 Imam An Nawawi berkata:
 “Para ulama madzhab kami berkata, yang berkata demikian telah salah. Bukanlah maksud Imam Asy Syafi’i itu melafazkan niat dalam solat, namun maksudnya adalah takbir” (Al Majmu’, 3/243)

b. Sebahagian ulama mahzab Hanafi, Syafie & Hambali:
mengatakan bahawa dianjurkan untuk melafazkan niat pada solat, puasa, haji & selainnya & sebahagian dari ulama Malik & hanafi tidak menganjurkannya.
 Jika diambil dalil dari Imam Malik & Imam Ahmad, mereka ditanya:
"Apakah engkau mengucapkan sesuatu sebelum takbir? Maka ia menjawab : "Tidak".
Dan ini lah yang benar. Nabi saw, para Khulafa' Rashidin tidak pernah melakukan ucapan niat sebelum solat. [Buku Tuntutan Niat dalam Ibadat, Pustaka Ibnu Umar, ms 55]

c. Dalil2 tiada lafaz niat sebelum solat:
        
  i. Diantaranya riwayat dari ‘Aisyah Ra, ia berkata:
       “Biasanya Rasulullah saw memulai solatnya dengan takbir” [HR. Muslim, no.498]
  ii. Dari Abdullah bin Umar Ra berkata:
      “Aku melihat Nabi saw memulai shalatnya dengan takbir, lalu mengangkat kedua tangannya”              [HR. Bukhari no.738]

Nota Tambahan Berkenaan dengan Niat.

Definasi "Niat" mengikut 4 mahzab (dari Buku Tuntutan Niat Dalam Ibadat, Terbitan Pustaka Ibnu Umar)

1. Mahzab Syafie
"Bertujuan melakukan sesuatu disertai dengan melakukannya"
[Haasyiatul jamal ma'a Syarhil Minhaj (I/107)]

2. Mahzab Hanafi
Bermaksud melakukan ketaatan dan taqurrub (mendekat kan diri) keapda Allah Taa'la dalam rangka melakukan sesuatu perbuatan"
Termasuk di dalamnya meninggalkan apa-apa yang dilarang, diatas sebab di situ adalah perbuatan juga, yakni menahan diri.
[Raddul Mukthaar 'alad Durril Mukhtaar, Syarhu Tanwiiril]

3. Mahzab Maliki
"Kehendak melakukan sesuatu. Niat termasuk dalam bab 'uzuun (cita-cita kuat) dan iraadat (kehendak-kehendak), bukan sekadar 'uluum (pengetahuan-pengatahuan) semata atau i'tiqaadaat (keyakinan-keyakinan) sahaja"
[Adz-Dzakhiirah hal 234-235]

4. Mahzab Hambali
"Tekad hati untuk melakukan ibadat dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Bertujuan untuk Allah semata, tidak untuk yang lain, seperti pura-pura di hadapan makhluk, mencari pujian manusia,atau senang untk dipuji oleh mereka, dan keadaan lainnya yang serupa"

[Jaamil'ul Uluumi wal Hikam (I/110)]

No comments:

Post a Comment