Saturday 25 April 2015

Diskusi bersama Doktor (S1-S10)

Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soalan 1
Assalamualaikum sya nk tya.dh 3 hr demam ,sakit tekak ,batuk.bila mkn ubt alhamdulillah tapi slps ubt habis demam balik.adakah saya kena ambil antibiotik.

Jawapan 1
Walaikummussalam
Kombinasi simptom batuk + demam + sakit tekak ni biasanya berkaitan dengan jangkitan virus pada tekak, virus tidak perlu antibiotik, ianya self limiting (badan kita akan develop antibody)
Banyakkan minum air masak ( at least 2Liter/day bagi yg tiada penyakit rosak buah pinggang, hati @ jantung bengkak).
Walau bagaimana pun jika demam lebih dari 4 hari & ada tanda2 kemerah-merahan pd badan, elok berjumpa Dr di klinik utk check sama denggi @ tidak @ kombinasi simptom di atas disebabkan penyakit lain.Wallahu'alam bissawab


Soalan 2
Saya mengidap penyakit schizofrenia sudah lebih 2tahun sampai sekarang masih makan ubat. boleh x sy xmkn ubat lg dan sy rasa sy dah sembuh?dan boleh x dr suggest cara dan kaedah untuk membantu sy ?
Jawapan 2
Tuan hamzi, sy nasihatkan agar tuan sambung makan ubat kerana ianya terbukti membantu mengawal penyakit tuan, apa pun nasihat perubatan yg terbaik adalah daripada pakar yg merawat tuan.Wallahu'alam bissawwab.

Soalan 3
Nak tanya, tonsil. Kalau dia besar. Ada kesan apa2 yang memudaratkan? Or ok ok je.
Punca, kesan dan simptom yg berkaitan. :)

Jawapan 3
Tonsillitis - Ianya adalah keradangan tonsil, sellau disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pyogenes. Ada jugak tonsillitis disebabkan oleh pelbagai jenis virus.
Tanda2 & kesan tonsillitis - demam, sakit tekak, sakit @ sukar menelan, tidur berdengkur.
Tonsillitis boleh dirawat, cuma jika kerap kena tonsillitis mungkin kena buang tonsil tu. Kes chronic tonsillitis kena rawatan pakar ENT (ear, nose,throat)
Wallahu'alam bissawab...

Soalan 4
Tahap kolestrol saya 6.4. Adakah saya perlu mkn ubt utk kurangkan kolestrol? Apakah kesan ubt medostatin 40 thdp organ dlmn spt buah pinggang atau hati? Ada kesan sampingan tak?

Jawapan 4
Penyakit kolesterol tinggi.
Jenis kolesterol ada banyak, ada total kolesterol, free kolesterol, kolesterol baik & jahat. Sebaiknya berbincang dgn Dr keluarga masing2 utk penilaian perlu @tidak start ubat anti-kolesterol.

#Senaman 
Exercise adalah penting utk semua sama ada kolesterol tinggi @ rendah.
Exercise at least 150 minit / week, each exercise at least 20 minit (kalau larat). Ia bagus utk turunkan paras kolesterol jahat, turun berat badan & bagus utk janyung & peparu kita.
Kalau takder masa utk exercise, boleh berjalan at least sehari 10,000 langkah. Jaraknya 7-8km bergantung kepada keluasan langkah kita.
Mulakan dengan bilangan langkahnyg termampu dahulu contohnya 200 langkah sehari, kemudian naikkan sedikit demi sedikit utk tingkatkan stamina masing2.

#Medostatin 
Ini adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan.
Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.
Medostatin ni adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan.
Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.

Soalan 5
Dr sy ade satu soalan.setahu sy setiap bulan 1 oosit sekunder akan keluar dr ovari wanita.jika x disenyawakan oleh sperma maka oosit sekunder td akan merosot & keluar sebgi darah haid.soalan sy pd wanita ade 2 ovari.jd oosit sekunder ini keluar setiap bulan dr ovari ini secara bergilir2 kah.bulan ni keluar ikut ovari belah kiri.bulan dpan ovari belah kanan.adakah begitu.mohon pencerahan

Jawapan 5
Ye betul, cuma dari segi giliran tu sy tak pasti ikut jadual kiri - kanan @ tidak. Wallahu'alam bissawab....

Soalan 6
Wujudkah penyakit yg x blh memandu jarak jauh? Pesakit akn berdebar dan x fokus. Sahabat sy alami. Tidak boleh memandu sama ada jarak jauh @ dekat tu bukan penyakit, ianya adalah kesan daripada sesuatu penyakit.

Jawapan 6
Banyak penyakit berkaitan berdebar2 & susah nak fokus, ini perlukan penyiasatan & kemungkinan rawatan lanjut oleh Dr yg merawat beliau.
Wallahu'alam
⏩Sblum ni dia ada operate buang pundi hati sbb batu karang.
🅰Tiada kaitan di antara post operation buang hempedu dengan konsentrasi & keupayaan untuk    
   memandu.


Soalan 7
untuk mendapat rawatan klinik pakar (ent dsb) di hospital kerajaan, perlukan ref.letter dari mana? Klinik kesihatan awam atau boleh klinik swasta sahaja? 2. Apa syarat utk mendptkan ref.letter drpd klinik kesihatan? Terima kasih in advance.

Jawapan 7
Boleh dapatkan surat rujukan sama ada dari klinik kerajaan @ swasta. Tiada sebarang Bias dlm merawat pesakit. Cuma jangan bagi surat rujukan dari bomoh.
Tiada syarat, cume perku bayar rm1 (warganegara malaysia) masa daftar di klinik kesihatan & rm5 (warganegara malaysia) masa daftar utk kkinik pakar.
So far the lowest rate in the world.

Soalan 8
boleh dr terangkn mengenai penyakit galaucoma apa kaedah untuk menagatasi dan ada xubat bagi penyakit ini?

Jawapan 8
Glaucoma ni penyakit tekanan dlm mata meningkat, it's multifactoral, komplikasi boleh jadi blind sebab pressure pada saraf mata. Rawatan tu banyak bergantung kpd penyebab glaucoma. Kena jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Wallahu'alam

Soalan 9
Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia ekzima
1)punca berlaku
2)rawatan yg dicadangkan
Eczema

Jawapan 9
Eczema ni adalah keradangan pada kulit, jenisnyg paling common adalah Atopic dermatitis.
Penyebabnya banyak, antaranya bulu binatang, sabun, panas sangat @ sejuk sangat, stress, secara general it's multifactor.
Rawatan selalunya simtomatik treatment, kalau gatal Dr akan bagi ubat gatal sam ada sapu @ gatal.
Rawatan yg terbaik adalah PREVENTION.
Kita kena tahu kukit kita alahan pada apa. Kalau dapat avoid benda yg kita alah, insya allah boleh avoid eczema.
Wallahu'alam

Soalan 10
Saya wanita 59 tahun. jari2 tangan mula nampak kelainan. mcm mula bengkok dan ruas jari mcm mbesar. adakah itu tanda artritis atau rhumatism.tak rasa sakit tapi bila picit mcm sengal sikit.

Jawapan 10
Hujung jari yg abnormal (clubbing fingers) boleh berkaitan dengan banyak penyakit, sama ada jantung, hati, sakit arthritis etc. Kena jumpa Dr utk check apa yg problem.
Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment