Sunday, 26 April 2015

Soal Jawab Kesihatan Sesi Ke-2 (S1-S10)

Diskusi bersama doktor

Soal Jawab Kesihatan Sesi Ke-2

Soalan 1: 
Assalam...doc ada kesan sampingan x andai kite ambil produk supliment untuk turunkn berat badan?
Jawapan 1:
Produk yang seperti itu kena tanya penjualnya, kita memang tak tahu
Tapi kalau ubat kurus yang doktor bagi tu memang ada banyak kesan sampingan selain dari boleh menyebabkan ketagihan. Ubat yang sama juga merupakan campuran untuk pil khayal
Bahaya, itu sebabnya perlu pengawasan dan monitoring dari doktor, kalau tidak menunjukkan kesan dalam tempoh 2 bulan je terus berhenti makan

Soalan 2: 
Assalam doc,betul ke kita tak boleh mandi malam,nnt paru2 masuk air?
Jawapan 2:
Taklah, mandilah biler2 waktu pun. Cuma kalau asthma mandi malam sejuk mungkin boleh sebab asthma.

Soalan 3:
Salam doc,nk tanya kenapa tapak kaki asyik rasa panas macam kena cili....dah pergi klinic periksa tekanan darah dan periksa gula dalam darah..semua ok....doc bagi vitamin untuk saraf but dah 3 hari makan belom memberi kesan...
Jawapan 3:
Rasa pijo di tapak kaki sebegitu besar kemungkinan disebabkan sistem deria menjadi hyperaesthesia dan rasanya doktor tu dah bagi ubat yang betul. Kena teruskan kerana penyakit yang melibatkan saraf ni lambat untuk baik cuba terus makan ubat tu hingga 6 minggu.

Soalan 4:
Saya dah 14 tahun kena gout....ape punca2nya ye?....
Jawapan 4:
Gout disebabkan oleh kekurangan enzim yang digunakan dalam metabolism asid urik

Soalan 5:
Salam doc,saya ada soalan tentang ayah saya. Ayah sy batuk dah hampir 3 minggu. And he was on antibiotic 2 kali n cough syrup. Tp batuk still tak lega. No fever..then 2 hari lepas dia ke ppum n doc order for chest xray, mantoux test n mucus test kut. Tp xray showed ada white spot on which side sy x pasti. N specialist order another side view xray.
Boleh doc terangkan apa kah yg white spot tu ..mantoux test does not have any changes up to now.
Jzkk
Jawapan 5:
Maaf, kita kena lihat xray nya untuk komen,
Nmpk mcm suspect tibi...mantoux test amik masa 72 jam utk baca . Kalau ada xray lagi cantik...
White spot kalau bulat macam cannon ball kena periksa betul betul

Soalan 6:
Assalamualaikum dok. apa tanda2 awal... kita kena kencing manis..
Jawapan 6:
Mungkin pada awalnya tiada tanda sehingga lah paras gula dalam darah menjadi sangat tinggi dan tertapis dalam air kencing yang menyebabkan air menjadi banyak dan ini menyebabkan kita kerap kencing. Ini seterusnya akan membuatkan kita sentiasa dahaga dan kerap minum. Satu malam mungkin terpaksa bangun hingga 5 atau 6 kali untuk kencing

⏩Sambung sedikit mengenai kencing manis. Penyakit kencing manis boleh merosakkan target organs seperti buah pinggang, sistem deria kaki dan tangan, mata dan jantung. Ini disebabkan kencing manis jika tidak terkawal akan menyebabkan gangguan metabolisma lemak yang seterusnya akan menyumbatkan salur salur darah halus. Apabila salur darah halus ini akan menyebabkan tisu di target organ akan mati dan gagal berfungsi. Selain dari salur darah yang sumbat akan merangsang salur darah baru proliferate. Salur darah ini sangat fragile dan senang pecah dan menambah masalah di target organ terutamanya mata.

Soalan 7:
Asslm doc.dlm beberapa hr ini bhgian belakang sy mengalami cramp.rase mcm otot2 bhgian belakang rase tertarik mcm rase cramp mcm dekat kaki kalu main bola.hr ini bhgian abdomen sy pulak yg cramp.iaitu bhgian perut.bila tekan dkt situ rase mcm keras jer otot2 kt situ.bile sy gerakkan bdn sy ala2 mcm bersenam turr ia kemudiannya hilang.soalan sy , adakah itu cramp sebagaimana cramp mcm main bola turr.jika ya kenape buleh terjd begitu sedangkan cramp yg main bola turr disebbkan pengumpulan asid laktik.jika tidak adakh cramp td merupakan simpton kpd penyakit lain.mohon pencerahan.
Jawapan 7:
Macam bunyi cramp biasa, selain dari sebab pengumpulan asid laktik cramp juga boleh disebabkan oleh kekurangan garam atau calcium

Soalan 8:
Kalau kekurngan garam.apakh makanan biasa yg mengandungi garam tanpa berlaku hipertension.
Jawapan 8:
Hanya tambah sikit garam dalam makanan, sekarang ni garam bukanlah satu yang penting yang menyebabkan tekanan darah meningkat
Semasa kita bermain kita banyak kehilangan garam sebab berpeluh, amalkan minum air isotonic masa bermain.
Sambung sedikit mengenai kencing manis. Penyakit kencing manis boleh merosakkan target organs seperti buah pinggang, sistem deria kaki dan tangan, mata dan jantung. Ini disebabkan kencing manis jika tidak terkawal akan menyebabkan gangguan metabolisma lemak yang seterusnya akan menyumbatkan salur salur darah halus. Apabila salur darah halus ini akan menyebabkan tisu di target organ akan mati dan gagal berfungsi. Selain dari salur darah yang sumbat akan merangsang salur darah baru proliferate. Salur darah ini sangat fragile dan senang pecah dan menambah masalah di target organ terutamanya mata

Soalan 9:
Assalamualaikum doktor. Mcm mane nak kurangkan kolestrol dlm bdn?
Jawapan 9:
Dengan mengurangkan makan minyak, santan dan juga karbohidrat berlebihan, kemudian exercise

Soalan 10:
Assalamualaikum.doktor.
saya ingn brtanya mengenai bayi yg dikandung dlm keadaan songsang,trun ke rahim di masa2 due kelahran.apakah syor tbaik slain drpd urutan(mak bidan) doc membri induce supya bby aktif dan bpusing.harap doc fham soaln.tq

Jawapan 10:
Mmg dlm perubatan moden....doktor pun akan cuba pusing- pusingkan baby tu....cuma kadang2 tali pusat bolehbterbelit menyebabkan perlu utk buat operation terus. Saya tak pasti berapa peratus success dia boleh berjaya.
Bila dr cuba pusingkan....dr biasa akan bagi ubat untuk kendurkan otot uterus supaya mudah dipusingkan....obviously ni bergantung kepada kemahiran. Lagi berpengelaman dr tj....lagi tinggi peluang success

No comments:

Post a Comment