Wednesday, 29 April 2015

Sifat Solat Nabi - Nota 5- Rukun ke-3 Takbiratul Ihram-bersedekap

3.1 : Bersedekap

a. Fiqh Manhaji, Mukasurat 309.

"Caranya dengan meletakkan jari tangan kanan sambil jari-jari menggenggam belakang pergelangan tangan kiri yang diletakkan di antara bawah dada dan atas dari pusat"
Dalilnya: Dari Sahl bin Sa’ad ra:
“Dahulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan di atas lengan kirinya ketika shalat”
[HR. Al Bukhari 740]

b. Cara "meletakkan tangan kanan di atas lengan kirinya" :

i. Cara pertama yaitu al wadh’u (meletakkan kanan di atas kirim tanpa melingkari atau menggenggam). Letak tangan kanan ada di tiga tempat: di belakang tangan kiri, di pergelangan tangan kiri dan di lengan bawah dari tangan kiri. Dalilnya, hadits dari Wa’il bin Hujr tentang sifat shalat Nabi,
 “..setelah itu beliau meletakkan tangan kanannya di atas belakang tangan kiri, atau di atas pergelangan tangan atau di atas lengan” [HR. Abu Daud 727, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Daud]

ii. Cara kedua yaitu al qabdhu (jari-jari tangan kanan melingkari atau menggenggam tangan kiri). Dalilnya, hadits dari Wa’il bin Hujr ra:

 “Aku Melihat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam berdiri dalam shalat beliau melingkari tangan kirinya dengan tangan kanannya” [HR. An Nasa-i 886, Al Baihaqi 2/28, dishahihkan Al Albani dalam Shahih An Nasa-i]

Tonton / download video ini untuk lebih jelas:
1. http://carasholat.com/cara-shalat-yang-khusuk-cara-bersedekap/
2. https://drive.google.com/file/d/0B9twhD8_k3w-endMNHJkSHlYNjQ/view?usp=sharing (download)

c. Berbagai2 pendapat di dalam masalah letaknya tangan semasa bersedekap ini, samada di bawah pusat, di atas dada & lain2. Disebabkan perbincangannya sangat mengelirukan & berbagai2 hujjah beserta bantahan2, saya syorkan kita rujuk rujuk nota dari buku Fiqh manhaji yang saya tulis di atas.

Semoga ada manfaat.

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 11
Bagaimana pula jika mengangkat takbir sambil pandang ke atas. Jema'ah golongan tua selalu buat gini.Terkadang tu ada yg mata meliar je pandang sekeliling..jika begitu apakah hukumnya ya?
Jawapan 11
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kenapa orang ramai mengarahkan pandangan mereka ke langit ketika solat? Suara baginda semakin tinggi sehingga baginda bersabda: “Hendaklah mereka menghentikannya atau Allah benar-benar akan menyambar penglihatan mereka.” (Riwayat Bukhari.)
Fathul bari rujuk gambar di bawah


Rujuk gambar dibawah. Perenggan kedua last, pendapat ulamak2:-


(Perenggan akhir tu untuk kita fikir2 kan..)

Soalan 12
Saya ingin mengajukan soalan berkenaan solat dukung bayi yg sunnah.. contohnya dalam video ni:
https://www.youtube.com/watch?v=8D8w6VcIZeA
Soalan sy, bolehkah kita berjalan mengejar anak kita ketika solat sperti dalam video ni? apa dalilnya?

Jawapan 12
Dari sini, saya faham, sahabat tersebut kena batalkan solat.
Di dalam Ensiklopedia Feqah Kuwait, "Manakala membatalkannya dengan sebab yang syar'ie, maka ia suatu yang masyruk. Oleh itu, boleh dibatalkan sembahyang untuk membunuh ular kerana ada perintah supaya membunuhnya, dan boleh dibatalkan sembahyang untuk mengelak kehilangan harta yang bernilai samada kepunyaannya atau orang lain".

Ibn Battal di dalam Syarah Bukhari menyebut bahawa tidak ada khilaf antara fuqaha, jika haiwan tunggangan seseorang lari ketika dia sedang bersembahyang, maka boleh berhenti sembahyang untuk mengejarnya.

Imam Bukhari membuat tajuk dalam Sahihnya: Bab Apabila Haiwan (Tunggangan) Lari Ketika Sedang Sembahyang.

Kemudian, beliau membawakan atsar Qatadah (secara ta'liq), bahawa beliau berkata: Jika bajunya dilarikan orang, maka boleh mengejar pencuri dan berhenti sembahyang.

Rujuk: http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/05/batalkanberhenti-solat-kerana-ada.html?m=1

Soalan 13
Assalamualaikum.. saya nak tanya soalan.. bolehkah seorang makmum berada dikiri imam sebab disebelah kanan imam itu tiada ruang (dinding). Solat jemaah 2 orang. terima kasih..kejadian berlaku ditempat kerja saya. mungkin org itu masbuq selepas mengikuti imam yang pertama, kemudian ada org yg nak berjemaah bersama dia. disebelah kanan xda ruang, lalu dia takbir sebelah kiri.. mohon pencerahan.. adakah diharuskan jika situasi seperti ini terjadi..

Jawapan 13
Kalau begitu, tak ada masalah. Boleh solat sebelah kiri dia. Kerana memang tak ada ruang di sebelah kanan.
Ibn Qudamah kata dalam al-Mughni: "Malik, Syafiq dan ashab ar-Ra'yi kata, berdiri sebelah kiri imam, solatnya sah, sepertimana kes Ibn 'Abbas yang solat di sebelah kiri Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam, dan baginda alihkan beliau ke sebelah kanan, tanpa menyuruhnya mengulangi solat" 

*Nota Tambahan : Watch "PMS2013 [Malay]: Solat Berjemaah 1 Ma'mum - Ustaz Hussain Yee" on YouTube  : https://www.youtube.com/watch?v=I7LdAuwoeOo&feature=youtu.be
Imam bergerak instead of makmum bergerak.    Minit 1-2.
Untuk ilmu.


Sifat Solat Nabi - Nota 5- Rukun ke-3 Takbiratul Ihram

Rukun ke 3: Takbiratul Ihram
[Boleh merujuk ebook Fiqh Manhaji, mukasurat 285]

1. Hadis2 berkenaan dengan rukun ini:
a. Sabda Nabi saw:
“Pembuka solat adalah bersuci, pengharamannya setelah bertakbir dan penghalalannya setelah memberi salam”. [Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Hakim]
b. Sabda Nabi saw:
" Jika kamu hendak mengerjakan solat, bertakbirlah"
[Muttafak alaih]

2. Syarat Takbiratul Ihram:
a. Melafazkan Takbir setelah berdiri
b. Mengadap kiblat
c. Lafaz bahasa arab
d. Mendengar semua huruf takbiratul ihram
e. Niat solat [rujuk nota sebelum ini]

3. Kaedah mengangkat tangan:
a. Telapak tangan dibentangkan secara sempurna dan tidak menggenggam
b. Jari-jari telapak tangan tidak terlalu lebar dan tidak terlalu rapat

i. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw,
”Rasulullah saw ketika memulai solat, beliau mengangkat kedua tangannya dengan dibentangkan.”
[HR. Abu Daud 753, Turmudzi 240, dan dishahihkan al-Albani]

c. Telapak tangan dihadapkan ke kiblat dan diangkat setinggi bahu atau telinga:
i. Dari Ibnu Umar ra, beliau menceritakan,
“Bahwa Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya setinggi bahu, ketika memulai solat.” [HR. Bukhari 735 & Muslim 390].
ii. Dari Malik bin al-Huwairits ra,
“Saya melihat Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya ketika takbiratul ihram, ketika rukuk, ketika i’tidal, hingga setinggi daun telinga.” [HR. Nasai 1024, dan yang lainnya].

4. Cara mengangkat tangan ketika takbir ada 3:
a. Mengangkat tangan sampai bahu lalu membaca takbir
Dari Ibnu Umar ra,
"Apabila Rasulullah saw memulai solat, beliau mengangkat kedua tangannya hingga setinggi pundak, kemudian beliau bertakbir." [HR. Muslim 390].
b. Mengangkat tangan lalu sedekap bersamaan dengan takbir
Dari Ibnu Umar ra,
”Saya melihat Nabi saw memulai takbiratul ihram ketika solat, beliau mengangkat kedua tangannya ketika takbir. [HR. Bukhari 738]
c. Membaca takbir, lalu mengangkat tangan
Dari Malik bin al-Huwairits ra,
”Rasulullah saw ketika selesai takbir, beliau mengangkat tangan” [HR. Muslim 391].

Rujukan:
1. Fiqh Manhaji : ms 285
2. Enskilopedia Solat: ms266-268
3. http://www.konsultasisyariah.com/cara-takbiratul-ihram-yang-benar-dalam-solat/


Dari nota diatas, saya mahu tekankan cara kita mengangkat takbir, melalui hadis sahih:

1. Tangan sejajar dgn bahu
2. Tangan sejajar dgn cuping telinga

Untuk faham lebih lanjut rukun ke 3 ini, bolehlah menonton video ini:


<---Kesalahan dlm bertakbir dari video diatas. minit ke 5. sila2lah tonton untuk kita sama2 ambil manfaat & menuju faham.
-untuk ilmu-

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 8
Assalamualaikum ustaz,mohon pencerahan lanjut.
Solat duduk ada 2 jenis? Duduk atas kerusi / duduk atas lantai..?

Jawapan 8
1. Hadis riwayat An Nasai no 1662 bab solat duduk Nabi saw:
Hadis dari ‘Aisyah ra yang berbunyi:
"Aku melihat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam shalat dengan bersila"
[HR An-Nasâ’I no. 1662 dan dishahihkan al-Albani dalam shohih Sunan an-Nasâ’I 1/538.]
2. Apabila rukuk, maka lakukanlah dengan bersila dengan membungkukkan punggung dan meletakkan tangan di lutut, karena ruku’ dilakukan dengan berdiri.
[Demikian yang dirajihkan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam Syarhu al-Mumti’ 4/463]
3. Rujuk juga ebook dibawah, rujuk mukasurat 11 & 12; Syeikh penulis menjelaskan status hadis An Nasai diatas dan juga merujuk kepada perbuatan salaf tentang bab solat duduk ini. Rujuk gambar  dibawah:-

Soalan 9
Assalamualaikum ustaz..dlm nota juga video tak de merujuk kpd kaum wanita...adakah cara berdiri nya sama atau ada perbezaan.

Jawapan 9
1. Solat wanita ada bebeza dengan solat lelaki, secara umumnya:
     a. Wanita tidak dibenarkan Iqaamah atau melaungkan azan.
     b. Solat jemaah tidak dituntut keatas kaum wanita.
     c. Adalah lebih afdal wanita yang bersolat jemaah di imaami oleh kaum wanita.
     d. Imam wanita berdiri ditengah-tengah saf pertama.
     e. Saf wanita yang terakhir adalah lebih baik, apabila bersolat dengan jemaah lelaki.
     f. Kaum lelaki menegur kesalahan Imam dengan menyebut "Subhanallah", sementara kaum wanita menepuk tangan (ada yang menyatakan tepuk dibelakang tangan)
    g. Solat Jumaat tidak wajib bagi wanita.
    h. Wanita tidak boleh menjadi Imam bagi kaum lelaki, dan keadaan saf makmum wanita adalah dibelakang kaum lelaki.

2. Berlaku perbezaan pendapat diatas hadis2 dibawah & bagi ulamak hadis, hadis yg dikategorikan sebagai dhaif, tidak menjadi hujjah dlm menentukan hukum:

a. Riwayat dari 'Ata' ibn al-'Ajlaan, dari Abu Nadrah al-'Abdi, dari Abu Sa'ed al-Khudri sahabat      
 Rasulullah saw, bahawa Nabi saw : 
"Memerintahkan kaum lelaki meluaskan lengan tangan mereka ketika sujud, dan memerintahkan kaum wanita supaya menjaga (merapatkan) lengan mereka ketika mereka sujud, 
Baginda memerintahkan kaum lelaki meluaskan kaki kiri dan meletakkan kaki kanan lurus semasa tashahud, dan memerintahkan kaum wanita duduk diatas kaki mereka" - [al-Baihaqi mengatakan hadith ini mungkar]. 

  b. Riwayat dari Abu Mutee' al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn Dharr, dari Mujahid, dari Abdullah ibn Umar berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seorang wanita duduk, maka dia hendaklah meletakkan pehanya diantara kedua2nya, dan apabila sujud dia menekan perutnya terhadap pehanya, merapatkan dirinya didalam keadaan tertutup, kerana Allah swt melihatnya dan berkata :
'Ya Malaikatku, Aku memanggil kamu agar kamu menyaksikan sesungguh aku telah mengampunkan dosanya'".
[Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 2/222]. Hadith ini dikatakan dha'if kerana diriwayatkan oleh Abu Mutee' al-Balki. al-Bukhari nberkata bahawa beliau adalah dha'if dan al-Nasaa'i juga mengatakan dia adalah dha'if [Lisaan al-Mizaan, 2/334]. 

c. Riwayat dari Yazid ibn Abi Habib, berkata bahawa Rasulullah melalui 2 orang wanita yang sedang bersolat, baginda bersabda :
"Apabila kamu sujud, tekankan daging (badan) kamu kebumi, kerana sesungguhnya wanita tidak sama seperti lelaki didalam itu" 
[di riwayatkan oleh Abu Daud (al-Maraasiil, ms 118) dan al-Baihaqi, 2/223]. Hadith ini tarafnya mursal yang dikelaskan sebagai dha'if.

3. Kaedah bab solat:
Nabi saw bersabda,
صلوا كما رأيتمونى أصلى
"Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” 
[HR. Bukhari, Muslim, Ahmad dan dikeluarkan di Irawaul Ghalil No. 213]

4. Jawab soalan diatas: 
"adakah cara berdiri nya sama atau ada perbezaan?"
Jawab : sama.

Boleh membaca seterusnya: disini

Soalan 10
Akhi zuraideey... kalau solat jemaah sama2 wanita mmg xperlu iqamah ke sebab no 1.a. wanita x dibenarkan iqamah?

Jawapan 10
Azan & Iqomah khas untuk wanita dengan wanita sahaja.
Jika ada lelaki, atau ada lelaki akan dengar, tak boleh.

1. Keterangan dari Ibnu Umar, bahwa beliau ditanya, “Apakah wanita boleh berazan?” Kemudian, beliau marah, dan mengatakan, “Apakah saya melarang orang untuk berzikir (menyebut nama) Allah?” (Riwayat Ibnu Abu Syaibah; sanad-nya dinilai baik oleh Syekh Al-Albani)

2. Riwayat dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa dulu beliau melakukan azan dan iqamah, kemudian mengimami jemaah wanita. Beliau berdiri di tengah shaf wanita. (HR. Al-Baihaqi; dinilai kuat oleh Al-Albani)

Rujuk: disini.



Tuesday, 28 April 2015

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 1
Alan noor Nokman, [10.04.15 11:06]
Assalamualaikum ustaz zuraideey..saya agak kurang jelas tentang solat menggabungkan duduk dan berdiri dalam nota tambahan tu..

1.bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?
2.nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 1
Zuraideey Abdul Mutalib, [10.04.15 18:23]
Soalan no 1: "bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?"
[solat fardu mesti/wajib berdiri. Solat sunat, dibolehkan duduk walaupun tiada uzur]

1. Rujuk semual buku Fiqh Manhaji, rukun ke 2 solat adalah berdiri. Rukun bermakna, solat tidak sah jika tidak lakukan rukun jika ia mampu.

Didalam buku tersebut tidak dinyatakan dalil nya, tetapi boleh rujuk disini [http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/tata-cara-berdiri-dalam-shalat.html] untuk tahu dalil rukun ini & secara ringkasnya, hadis ini adalah dalil untuk rukun ini:
Nabi saw bersabda:
“Jika engkau berdiri untuk shalat, ambilah wudhu lalu menghadap kiblat dan bertakbirlah…” (HR. Bukhari 757, Muslim 397)
Menunjukkan tata cara yang disebutkan Nabi tersebut adalah hal-hal yang membuat solat menjadi sah, diantaranya berdiri. Maka tidak sah solat seseorang yang tidak dilakukan dengan berdiri padahal ia mampu untuk berdiri. Ini adalah khusus untuk solat wajib sahaja.
Solat sunat, boleh duduk tetapi pahalanya adalah separuh (rujuk hadis didalam nota 3 disini)

Soalan 2
Nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 2
Saya sertakan pendapat2 ulamak2 untuk bab sutrah/pembatas:
1. Wajib. Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, Asy Syaukani dan pendapat yang dikuatkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani.
2. Sunnah secara mutlak. Ini merupakan pendapat Syafi’iyyah dan salah satu pendapat Imam Malik
3. Sunnah jika dikhawatirkan ada yang lewat. Ini merupakan pendapat Malikiyyah dan Hanafiyyah.
4. Sunnah bagi imam dan munfarid. Ini pendapat Hanabilah (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 24/178, Tamaamul Minnah, 300).
[Rujuk: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/sutrah-shalat-1-hukum-sutrah.html]

Info tambahan: jika uzur, adakah berkurangan pahala solat jika tidak berdiri?

Berkata Imam Nawawi rh pula :

أجمعت الأمة على أن من عجز عن القيام في الفريضة صلاها قاعداً ولا إعادة عليه ، قال أصحابنا : ولا ينقص ثوابه عن ثوابه في حال القيام ؛ لأنه معذور ،
"Umat sepakat bahawa barangsiapa yang tidak mampu berdiri semasa solat fardu, maka solatnya adalah solat duduk, dan dia tidak perlu mengulangi solatnya. Berkata sahabat kami : ganjaran pahalanya tidak berkurangan dari mereka yang bersolat berdiri kerana keuzurannya" [al-Majmu', 4/226].
[rujuk: http://kaminms.blogspot.com/2014/09/hukum-solat-di-atas-kerusi-bahagian-1.html]

Soalan 3
Assalamualaikum ustaz. Dalam video tu ada ditekankan makmum perlu berdiri dengan jarak kaki (kankang) yg sesuai supaya kaki (buku lali) bertemu kaki. Lazimnya ini agak sukar (untuk pastikan buku lali bertemu buku lali). Jesteru pernah juga saya dengar lebih ditekankan bahu bertemu bahu.
Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan.

Jawapan 3
Waalaikumussalam,
Soalan: "Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan."
Rujuk komen dari Imam Nawawi rh & al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh untuk hadis2 berkaitan dengan meluruskan saf:

1. Rasulullah saw pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda :
“Tegakkanlah (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian. Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. 
An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]
Kata Imam Nawawi rh (wafat 676 hijrah):
"Dianggap sebagai bersambungnya satu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan) bahu dengan bahu" [al-Majmu' Syatah al-Muhadzab, 4/306]

2. Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku."
Anas berkata "Maka setuap seorang dari kami saling merapatkan bahu-bahu mereka dengan kaki-kaki sahabat mereka yang disebelah " [HR Bukhari, no 725]
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh (wafat 852 hijrah):
"Dan hadis ini memberi gambaran (penjelasan)bahawa perbuatan (merapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki) yang disebutkan tersebut memng diterapkan (atau dilaksanakan) di zaman Nabi saw, dan dengan ini, menjadi lengkaplah gambaran keterangan ke atas penjelasn maksud " Meraikan dan meluruskan saf-saf" [Fathul Bari 2/211]

Rujukan :http://www.ilmusunnah.com/beginilah-seharusnya-merapatkan-saf-ketika-solat-berjamaah/
Rujuk perkataan Imam Nawawi rh untuk kaitkan dengan soalan tersebut.

Nota Tambahan bab Luruskan Saf:
Begini gambaran saf berjamaah mengikut Sunnah Sahih (Sifat Solat nabi saw)


Soalan 4
Ustad..contoh kalau ma'mum batal solat..perlukah ma'mum itu keluar dari saf? Jika ma'mum keluar dari saf,bukankah ia melintasi kawasan sutrah ma'mum lain? Mohon pencerahan ustad

Jawapan 4
Ma'mum yang terbatal solat (contohnya bercakap-cakap, atau ketawa) tak perlu keluar dari saf. Cukup sekadar memulakan solat kembali dengan takbiratul ihram, dan mengikuti imam.
Ma'mum yang terbatal wudhu'nya (contohnya terkentut) perlu segera keluar dari saf untuk berwudhu' dan segera solat kembali untuk mendapatkan pahala jama`ah bersama imam. Apabila wudhu'nya terbatal, dibolehkan bagi ma'mum tersebut untuk berjalan di antara saf, kerana dalam solat jama`ah sutrah imam akan menjadi sutrah ma'mum.
Ini berdasarkan hadits Ibn` Abbas radhiyallahu `anhuma:
أقبَلْتُ راكبًا على حِمارٍ أَتانٍ، وأنا يومَئذٍ قد ناهَزْتُ الاحتِلامَ، ورسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يصلِّي بمِنًى إلى غيرِ جدارٍ، فمَرَرْتُ بين يدَي بعضِ الصفِّ، فنزَلْتُ وأرسَلْتُ الأَتانَ تَرتَعُ، ودخَلْتُ في الصفِّ، فلم يُنكِرْ ذلك عليَّ أحدٌ .
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 861 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku tiba dengan menunggang seekor keldai betina, pada waktu tersebut aku hampir mencapai usia baligh. Sedangkan Rasulullah ﷺ sedang solat di Mina tanpa menghadap ke dinding, kemudian aku menunggang di antara saf, dan aku turun dan membiarkan keldaiku mencari makan. Lalu aku masuk ke saf, dan tiada seorang pun yang menegurku.
Perawi: `Abdullah bin `Abbas * Muhhadits: Al-Bukhari
Sumber: Shahih Al-Bukhari * Nombor: 861 * Status: Shahih
Berdasarkan hadits ini, para `ulama' mengatakan sutrah imam menjadi sutrah ma'mumnya. Maksudnya dalam solat berjama`ah hanya imam yang perlukan sutrah.
* Harus berhati-hati ketika berjalan di antara saf, kerana sebahagian ma'mum meletakkan kacamatanya di lantai ketika solat. Saya pernah meilhat seorang kanak-kanak berlari-lari antara saf ketika solat tarawih dan dia terpijak kacamata seorang ma'mum.
Wallahu a`lam.

Soalan 5
Bolehkah ketika solat, kita berkomunikasi dengan org sebelah agar meluruskan safnya?

Jawapan 5
Tentang berkomunikasi dengan orang yang berada di sebelah kita, mungkin boleh guna kaedah yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ.
بِتُّ عندَ خالتي ، فقام النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يُصلِّي من الليلِ ، فقمتُ أُصلِّي معهُ ، فقمتُ عن يسارِهِ ، فأخذَ برأسي فأَقَامَنِي عن يَمِينِهِ
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 699 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, lalu Nabi ﷺ bangun untuk solat malam, lalu aku bangun dan solat bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda, lalu baginda memegang kepalaku, dan menarik aku ke sebelah kanannya.
Berpedomankan hadits ini, bererti kita boleh menarik ma'mum di sebelah kita untuk lebih rapat ke arah kita, boleh menariknya untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Selain cara ini, saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak menggunakan cara lain.
* Hendaklah berhati-hati sekiranya menggunakan kaedah ini, kerana dibimbangi terjadinya fitnah. Ini kerana masyarakat kita berpegang kepada mazhab Asy-Syafi`iyyah yang mengatakan pergerakan anggota besar sebanyak 3 kali berturut-turut membatalkan solat.
Wallahu a`lam.
Nota:* "Aku" dalam hadith di atas adalah Ibn `Abbas.

Soalan 6
Assalamualaikum.. saya nak bertanya.. selepas ikhtidal sebelum sujud kita perlu turunkan tangan dahulu atau lutut.. yang mana menepati sunnah nabi s.a.w.. mohon pencerahan ustaz..

Jawapan 6
Para `ulama' berbeza pendapat dalam bab ini. Ada yang mengatakan lutut terlebih dahulu, ada pula yang mengatakan tangan terlebih dahulu.
Hadits (1): Meletakkan lutut sebelum tangan, daripada Wa'il bin Hujr:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ يَضَعُ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ ، وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Kata Wa'il bin Hujr: Aku melihat Rasulullah ﷺ apabila sujud, baginda meletakkan kedua-dua lututnya sebelum kedua-dua tangannya. Apabila baginda bangkit, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Kata Ath-Tharifi (الطريفي), hadits ini dikritik oleh Ad-Daraquthni. Kata Ad-Daraquthni: "Tiada yang meriwayatkan hadits ini daripada `Ashim bin Kulaib melainkan Syarik. Syarik bukanlah seorang perawi yang kuat apabila dia meriwayatkan suatu hadits secara bersendirian."
Hadits (2): Meletakkan tangan sebelum lutut, daripada Abu Hurairah:
إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Sabda Rasulullah ﷺ: Apabila salah seorang antara kalian sujud, janganlah turun sebagaimana turunnya unta. Dan hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Menurut Syaikh Ath-Tharifi, hadits ini didha`ifkan oleh Al-Bukhari, At-Tirmidzi, Ad-Daraquthni.
Namun, menurut Ath-Tharifi, `Umar Al-Khatthab radhiyallahu `anhu apabila sujud beliau meletakkan kedua-dua lutut sebelum kedua-dua tangan. Sedangkan anaknya, iaitu `Abdullah bin `Umar radhiyallahu `anhuma apabila sujud meletakkan kedua-dua tangan sebelum kedua-dua lutut. Kesimpulan daripada Ath-Tharifi: Pilih yang mana yang bersesuaian.
* Sesiapa yang sakit lutut, mungkin lebih sesuai baginya untuk meletakkan tangan terlebih dahulu. Begitu juga dengan orang yang terlebih berat badan (namun dia kena berusaha untuk mengurangkan berat badannya - nasihat ikhlas daripada seorang doktor).
Wallahu a`lam.

Soalan 7
Kalau imam dah habis tp kita masih berbaki dua rakaat.. Adkh yg mnjadi sutrah masih si imam?
Jika perkara seperti itu berlaku, adakah dibenarkan utk sesiapa yg lalu dan nmpak akan hal tersebut dtg meletakkan sutrah di depan org itu..?

Jawapan 7
Apabila imam selesai solat, maka sutrah imam tidak lagi menjadi sutrah bagi ma'mum masbuq. Ma'mum tersebut dikira bernasib baik seandainya ada ma'mum yang masih duduk di hadapannya, atau pun sekiranya dia solat di belakang tiang yang sudah pasti tidak akan bergerak ke mana-mana.
Setahu saya, boleh meletakkan sutrah di depan org itu. Misalnya kawan kita masbuq sedangkan kita telah selesai solat bersama imam, kita boleh letakkan sutrah di hadapannya. Saya biasanya letak beg sebagai sutrah.

Sifat Solat Nabi - Nota 4- Rukun ke-2 Berdiri Jika Mampu

Rukun ke 2: Berdiri Jika Mampu

Rujuk Fiqh Manhaji mukasurat 283:

Wajib berdiri jika mampu & rujuk kepada 2 hadis dibawah ini:-
1. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka dalam keadaan duduk, dan jika tidak mampu juga lakukan secara mengiring”
[Riwayat Bukhari]
..

2. Nabi saw bersabda,
"Barangsiapa yang bersolat berdiri ia adalah lebih baik, barangsiapa bersolat secara duduk ia mendapat separuh pahala orang berdiri"
[Hadith Muttafaq Alaih]

Di dalam lafaz Imam Muslim # 735 pula berbunyi "Solat seorang lelaki secara duduk pahalanya adalah separuh solat" [al-Mughni, 1/811]
Untuk solat sunat, disunnahkan untuk berdiri, tidak wajib. Namun keadaan berdiri lebih utama daripada duduk.

Nota Tambahan dari ebook Ringkasan Sifat Solat Nabi saw Syeikh Albani rh:

Wajib bagi yang melakukan solat untuk berdiri, dan ini adalah rukun, kecuali bagi :
 a. Orang yang solat khauf ketika perang berkecamuk dengan hebat, maka dibolehkan baginya solat diatas kenderaannya.

b. Orang yang sakit yang tidak mampu berdiri, maka boleh baginya solat sambil duduk dan bila tidak mampu diperkenankan sambil berbaring.

c. Orang yang solat nafilah (sunnah) dibolehkan solat di atas kendaraan atau sambil duduk jika dia mahu, adapun rukuk dan sujudnya cukup dengan isyarat kepalanya, demikian pula orang yang sakit, dan ia menjadikan sujudnya lebih rendah dari rukuknya.

Nota Tambahan boleh download di link di bawah:
https://drive.google.com/folderview?id=0B9twhD8_k3w-fmx1ZnljVk9Zbk5wOTFYMlM1MWJKN2dyWndqSVJlV2oxUWdNam83SlNHMTA&usp=sharing

Rujuk juga video ini untuk faham lebih lanjut tantang rukun ke 2 ini:
http://carasholat.com/tata-cara-shalat-nabi-berdiri-ketika-shalat/
bantuan bahasa untuk video diatas:
indonesia : melayu
pundak : bahu
punggung : belakang badan
bisa : boleh
harus : hendaklah




Sifat Solat Nabi - Nota Tambahan Bab Sutrah

Yang boleh menjadi sutrah

1. Anak Panah,
Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam:

سُتْرَةُ الرَّجُلِ فِي الصَّلَاةِ السَّهْمُ ، وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَتِرْ بِسَهْمٍ
Sutrah seseorang ketika shalat adalah anak panah. Jika seseorang diantara kalian shalat, hendaknya menjadikan anak panah sebagai sutrah” (HR. Ahmad 15042, dalam Majma Az Zawaid Al Haitsami berkata: “semua perawi Ahmad dalam hadits ini adalah perawi Shahihain”).

2. Haiwan tunggangan
 Dalilnya hadits Ibnu Umar radhiallahu’anhu, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْرِضُ رَاحِلَتَهُ وَهُوَ يُصَلِّي إِلَيْهَا
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam pernah menghadap pada haiwan tunggangannya ketika shalat” (HR. Bukhari 507, Muslim 502)
Namun hendaknya haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah diikat dan tidak membuat orang yang shalat terkena najis.

3. Tiang
 Dalilnya hadits Salamah bin Al Akwa’ radhiallahu’anhu, Yazid bin Abi Ubaid berkata:

كنتُ آتي مع سَلَمَةَ بنِ الأكوَعِ،فَيُصلِّي عندَ الأُسطُوانَةِ التي عندَ المُصحفِ،، فقُلْت: يا أبا مُسْلِمٍ، أراكَ تَتَحَرَّى الصلاةَ عندَ هذهِ الأُسطوانَةِ؟ قال: فإني رأيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يَتَحَرَّى الصلاةَ عِندَها
aku pernah bersama Salamah bin Al Akwa’, lalu ia shalat di sisi (di belakang) tiang yang ada di Al Mushaf. Aku bertanya: ‘Wahai Abu Muslim, aku melihat engkau shalat di belakang tiang ini, mengapa?’. Ia berkata: ‘aku pernah melihat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memilih untuk shalat di belakangnya’” (HR. Bukhari 502, Muslim 509)

4. Pohon
Dalilnya hadits dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu, beliau berkata:

لقد رأيتُنا ليلةَ بدرٍ, وما فينا إنسانٌ إلَّا نائمًا, إلَّا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فإنَّه كان يُصلِّي إلى شجرةٍ ويدعو حتَّى أصبحَ
Sungguh aku menyaksikan keadaan kita pada malam hari perang Badar, tidak ada seorang pun dari kita yang tidak tidur kecuali Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam. Ketika itu beliau mengerjakan shalat menghadap ke sebuah pohon dan berdoa hingga pagi hari” (HR. Ahmad 2/271, Syaikh Ahmad Syakir menilai sanadnya shahih)

5. Tongkat yang ditancapkan
 Dalilnya hadits dari Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma, beliau berkata:

أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان إذا خرَج يومَ العيدِ، أمَرَ بالحَربَةِ فتوضَعُ بَين يَدَيهِ، فيُصلِّي إليها والناسُ وَراءَهُ، وكان يفعل ذلك في السَّفرِ، فمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَها الأُمَراءُ
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam jika keluar ke lapangan untuk shalat Id, beliau memerintahkan seseorang untuk membawa tombak lalu ditancapkan di hadapan beliau. Lalu beliau shalat menghadap tombak tersebut dan orang-orang manusia bermakmum di belakang beliau. Beliau juga melakukan ini tersebut dalam safarnya. Kemudian hal ini pun dicontoh oleh para umara” (HR. Bukhari 494, Muslim 501)

6. Benda apapun yang meninggi,
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

يَقْطَعُ الصَّلَاةَ، الْمَرْأَةُ، وَالْحِمَارُ، وَالْكَلْبُ، وَيَقِي ذَلِكَ مِثْلُ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ
“Lalunya wanita, keledai dan anjing membatalkan shalat. Itu dapat dicegah dengan menghadap pada benda yang setinggi mu’khiratur rahl” (HR. Muslim 511)
Imam An Nawawi menjelaskan: “mu’khiratur rahl adalah sandaran pelana yang biasanya ada di belakang penunggang hewan” (Syarh Shahih Muslim, 1/231).

Namun para ulama berbeda pendapat mengenai seberapa tinggi mu’khiratur rahl itu? An Nawawi menyatakan, “dalam hadits ini ada penjelasan bahwa sutrah itu minimal setinggi mu’khiratur rahl, yaitu sekitar 2/3 hasta, namun dapat digantikan dengan apa saja yang berdiri di depannya” (Syarh Shahih Muslim, 4/216). Ibnu Bathal memaparkan: “At Tsauri dan Abu Hanifah menyatakan ukuran minimal sutrah setinggi mu’khiratur rahl yaitu tingginya 1 hasta. Ini juga pendapat Atha’. Al Auza’i juga menyatakan semisal itu, hanya saja ia tidak membatasi harus 1 hasta atau berapapun” (Syarh Shahih Muslim, 2/131). Tentu saja ini adalah khilafiyah ijtihadiyyah diantara para ulama.

Sumber: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/sutrah-shalat-2-apa-saja-yang-bisa-menjadi-sutrah.html

Moga bermanfaat.

Sewaktu diskusi, ada orang yang bertanyakan soalan dibawah dan dijawab:
Soalan:
Muhd Al Farabi, [08.04.15 22:52]
Tak boleh ke sembahyang tanpa sutrah ustad?
Jawapan:
BroSyarief, [08.04.15 22:58]
Solat sah. Cuma tak dapat markah tambahan. Dan terdedah kepada risiko orang lalu depan kita.
Sutrah menjadikan orang lain nampak 'kawasan' kita. Jadi boleh lalu di belakang kita atau di sebalik sutrah, tetapi tidak di antara kita dan sutrah.
Dan benar ada pendapat yang mengatakan garis sejadah atau karpet masjid juga boleh dianggap sutrah, ini disebutkan dalam Subulus Salam, syarah kepada Bulugh al-Maram.
Tapi sutrah yang lebih besar dan jelas akan lebih menepati objektif sunnah yang hebat ini.
walLaahu a'lam

Moga bermanfaat.


Sifat Solat Nabi - Nota 3 - Sutrah (Pembatas Solat)

Didalam buku Fiqh Manhaji, rukun seterusnya adalah "Berdiri Jika Mampu".

Sebelum bincang tentang rukun tersebut, saya mahu kongsikan maklumat dari buku Enskilopedia Solat , mukasurat 263: Bab Sutrah.

Bab Sutrah @ Pembatas Solat
1. Membuat sutrah jika menjadi Imam atau solat sendirian.
Dalil: Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah salah seorang di antara kalian membuat pembatas solat (sutrah) meskipun dengan anak panah"
[HR Ahmad, Sahih]

2. Mendekatkan diri kepada pembatas solat tersebut
Sabda Nabi saw:
"Jika salah seorang di anatara kalian mengerjakan solat, hendaklah dia solat mengadap ke pembatas dan dekat kepadanya"
[HR Abu Daud, Hasan Sahih]

3. Jarak dari pembatas dengan tempat berdiri tidak lebih dari 3 hasta melalui hadis dibawah:
Dari Ibnu Umar ra,
"Bahawasanya jika masuk Kaabah, Rasulullah saw mengerjakan solat di sana dan membuat jarak antara dirinya dengan tembok kira2 3 hasta".
Beliau (Ibnu Umar) menunjuk ke tempat yang Bilal beritahu itu kepadanya tempat dimana Nabi saw solat.[Muttafakun Alaih]

4. Menolak & menahan orang yang cuba lalu lalang & jika berkeras, tolaknya sekuat tenaga.
Hadits Abu Sa’id Al Khudri ra, Nabi saw bersabda:
“Jika salah seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang ia jadikan sutrah terhadap orang lain, kemudian ada seseorang yang mencuba melalui di antara ia dengan sutrah, maka cegahlah.
Jika ia enggan dicegah maka perangilah ia, karena sesungguhnya ia adalah syaitan"
[HR. Al Bukhari 509]

5. Tidak boleh berjalan dihadapan orang yg sedang solat tanpa ada pembatas.
Dari Abu Juhaim ra, ia berkata,
Nabi saw bersabda " Seandainya orang yang berjalan dihadapan orang yang sedang solat itu mengatahui balasan (hukuman) yang akan diterimanya, berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia berjalan di hadapan yang sedang solat"
Salah seorang perawi (Abu an-Nadhar mengatakan, "Aku tidak tahu apakah mengatakan empat puluh hari, bulan atau tahun". 
[HR Muttafakun Alaih]

6. Ada hadis yang diperselisihkan statusnya tentang sutrah dengan garisan (pilihan terakhir)
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda,
“Jika salah seorang dari kalian shalat hendaklah meletakkan sesuatu di depannya, jika tidak mendapatkan sesuatu hendaklah menancapkan tongkat, dan jika tidak mendapatkan hendaklah membuat garis. Setelah itu tidak akan membahayakannya apa-apa yang melintas di depannya.” 
[HR. Ibnu Majah no. 943 dan Ahmad 2/249]
a. An Nawawi dalam Al Khulashoh (1/520) mengatakan bahwa hadits ini dho’if.
b. Syaikh Ahmad Syakir dalam takhrijnya terhadap Musnad Ahmad (13/124) mengatakan bahwa sanad hadits ini dho’if.
c. Syaikh Al Albani berkata ianya dhaif dalam Dho’iful Jaami’ (569)
d. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahwa hadits ini hasan.
e. Ibnu Hibban menshahihkan hadits ini, begitu pula Imam Ahmad, Ibnul Madini dan Ad Daruquthni.
f. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz menshahihkan hadits ini dalam Majmu’ Fatawanya (11/101)

Info tambahan Bab Sutrah:

1. Makmum masbuk, adakah perlu sutrah setelah Imam selesai solat?
Jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin,
“Setelah imam mengucapkan salam, makmum masbuk berubah status menjadi orang yang solat sendirian. Oleh karena itu, sutrah imam tidak lagi berfungsi sebagai sutrah baginya bahkan imam shalat saat ini tidak lagi berstatus sebagai imam karena dia mengucapkan salam dan meninggalkan tempatnya.
Akan tetapi, setelah imam mengucapkan salam dan makmum masbuk berdiri untuk menyelesaikan sisa solatnya apakah makmum dituntut untuk mencari sutrah?
Menurut hemat saya, hal itu tidak dituntut.
Alasan pertama, para sahabat Nabi saw ketika mereka masbuk dan hendak menyelesaikan sisa solatnya mereka tidak mencari sutrah
Alasan kedua, andai kita berpendapat bahwa memakai sutrah ketika solat itu dianjurkan atau wajib menurut yang menilai hal tersebut sebagai kewajiban maka biasanya untuk mencari sutrah lagi makmum masbuk perlu berjalan atau melakukan gerakan yang kita tidak boleh mengatakan hal itu dibolehkan melainkan berdasarkan dalil yang jelas.

Sehingga yang tepat kita katakan kepada makmum masbuk bahwa keadaan sutrah imam adalah sutrah bagi makmum itu telah berakhir dengan salamnya imam. Andai ketika ini tidak perlu mencari sutrah. Dengan alasan (baca:ketiga), tidak terdapat dalil dari Nabi saw yang memerintahkan untuk mencari sutrah di tengah-tengah shalat. hadis2 yang ada hanya menunjukkan bahwa kita mencari sutrah sebelum mulai solat.

Sumber:
Liqa’ al Bab al Maftuh-kaset no 155 pertanyaan no 16- Maktabah Syamilah
2. http://rumaysho.com/shalat/hukum-shalat-menghadap-sutroh-1310

Bacaan tambahan untuk bab sutrah.

Sifat Solat Nabi - Nota 2 - Niat

Niat:

1. Perbahasan lafaz niat semasa solat.

a. Imam Asy Syafi’i berkata seperti berikut: 
“Jika seseorang berniat haji atau umrah maka itu sah walaupun tidak diucapkan. Berbeza dengan solat, solat tidak sah kecuali dengan pengucapan”. 
 Imam An Nawawi berkata:
 “Para ulama madzhab kami berkata, yang berkata demikian telah salah. Bukanlah maksud Imam Asy Syafi’i itu melafazkan niat dalam solat, namun maksudnya adalah takbir” (Al Majmu’, 3/243)

b. Sebahagian ulama mahzab Hanafi, Syafie & Hambali:
mengatakan bahawa dianjurkan untuk melafazkan niat pada solat, puasa, haji & selainnya & sebahagian dari ulama Malik & hanafi tidak menganjurkannya.
 Jika diambil dalil dari Imam Malik & Imam Ahmad, mereka ditanya:
"Apakah engkau mengucapkan sesuatu sebelum takbir? Maka ia menjawab : "Tidak".
Dan ini lah yang benar. Nabi saw, para Khulafa' Rashidin tidak pernah melakukan ucapan niat sebelum solat. [Buku Tuntutan Niat dalam Ibadat, Pustaka Ibnu Umar, ms 55]

c. Dalil2 tiada lafaz niat sebelum solat:
        
  i. Diantaranya riwayat dari ‘Aisyah Ra, ia berkata:
       “Biasanya Rasulullah saw memulai solatnya dengan takbir” [HR. Muslim, no.498]
  ii. Dari Abdullah bin Umar Ra berkata:
      “Aku melihat Nabi saw memulai shalatnya dengan takbir, lalu mengangkat kedua tangannya”              [HR. Bukhari no.738]

Nota Tambahan Berkenaan dengan Niat.

Definasi "Niat" mengikut 4 mahzab (dari Buku Tuntutan Niat Dalam Ibadat, Terbitan Pustaka Ibnu Umar)

1. Mahzab Syafie
"Bertujuan melakukan sesuatu disertai dengan melakukannya"
[Haasyiatul jamal ma'a Syarhil Minhaj (I/107)]

2. Mahzab Hanafi
Bermaksud melakukan ketaatan dan taqurrub (mendekat kan diri) keapda Allah Taa'la dalam rangka melakukan sesuatu perbuatan"
Termasuk di dalamnya meninggalkan apa-apa yang dilarang, diatas sebab di situ adalah perbuatan juga, yakni menahan diri.
[Raddul Mukthaar 'alad Durril Mukhtaar, Syarhu Tanwiiril]

3. Mahzab Maliki
"Kehendak melakukan sesuatu. Niat termasuk dalam bab 'uzuun (cita-cita kuat) dan iraadat (kehendak-kehendak), bukan sekadar 'uluum (pengetahuan-pengatahuan) semata atau i'tiqaadaat (keyakinan-keyakinan) sahaja"
[Adz-Dzakhiirah hal 234-235]

4. Mahzab Hambali
"Tekad hati untuk melakukan ibadat dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Bertujuan untuk Allah semata, tidak untuk yang lain, seperti pura-pura di hadapan makhluk, mencari pujian manusia,atau senang untk dipuji oleh mereka, dan keadaan lainnya yang serupa"

[Jaamil'ul Uluumi wal Hikam (I/110)]

Sifat Solat Nabi - Nota 1- Penulis Kitab

Mari kita kenal penulis-penulis kitab dibawah:

                1. Fiqh Manhaji
                2. Ensiklopedia Solat

Kita mulakan dengan dengan kenal penulis kitab Fiqh Manhaji as Syafie:
              a. Dr. Mustofa Al-Khin
              b. Dr. Mustofa Al-Bugho
              c. Syeikh Ali Asy-Syarbaji

Hebat rendah diri mereka, sehingga mereka kekal menyedari diri mereka manusia.

Pesan Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam,

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak Adam itu berbuat silap, sebaik-baik mereka yang berbuat silap adalah yang bertaubat. [HR Ahmad & Ibn Majah. al-Arnaut: Hasan]

Nabi juga anak Adam, berbuat silap, juga sangat-sangat sedikit, yang sangat sedikit, dirakam di dalam al-Quran, tetapi siapa yang menegur dan membetulkan? Allah sendiri. Dan baginda tetap tawadhu memohon keampunan dan beramal. Walau telah dijamin syurga dan selamat dari dosa

Para sahabat juga anak Adam, berbuat silap, dirakamkan dalam hadits-hadits, tetapi siapa yang menegur? Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka juga kekal tawadhu', memohon keampunan dan beramal. Walaupun sebahagian mereka juga dijamin syurga.

Para ulama, mereka juga anak Adam, berbuat silap, yang sedikit tentunya, jauh berbanding kita, dirakamkan di dalam pelbagai rujukan turath. Siapa yang menegur dan membetulkan? Para ulama juga tetap tawadhu' dan rendah diri.

Benar, bukan tempat dan kedudukan kita memberi komentar terhadap ulama. Kerana mereka dihormati kerana ilmu mereka. Dan yang mereka ajarkan kepada kita agar memahami ilmu yang mereka kongsikan, bukan kesilapan walaupun sedikit yang mereka tahu mereka tak akan terlepas dari melakukannya kerana hakikat kemanusiaan mereka.

Yang tak lepas dan bebas dari kesalahan hanya Allah 'azza wa jalla.
Mengiktiraf Nabi sebagai Rasul, dalam masa yang sama dia adalah manusia. Supaya tak jadi macam Kristian, yang akhirnya mentuhankan Nabi Isa.

Mengiktiraf para ulama memiliki ilmu yang hebat, dalam masa yang sama, mengiktiraf mereka sebagai manusia.

Bila disebut satu kesilapan yang mereka perbuat, kita memuji tuhan, kerana menunjukkan kepada kita bukti bahawa dia manusia.

Kerana dengan mengatakan ulama bebas dari salah silap, menjadikan mereka setaraf dengan para Nabi, sedangkan mereka sendiri benci diperlakukan sedemikian rupa.

Gelaran-gelaran yang mereka terima seperti Hujjatul-Islam, Naasir as-Sunnah, Muhyi-adDin, dll; tak pernah mereka minta, malah jika didengar, mereka akan melarang menyebutnya. Kerana tak mahu dikultuskan dan dikuduskan.


Hebat para ulama dahulu, akhlaq mereka kita ikuti, kebenaran al-Quran dan as-Sunnah kita dahulukan, sebagaimana mereka dahulu mendahulukannya.

Monday, 27 April 2015

Adab-Adab Yang Mesti DiMiliki Oleh Penuntut Ilmu

Sebelum tu...ni la adab yang diperlukan sebelum menuntut ilmu.......

1. Niat yg ikhlas kerana Allah
2. Menghilangkan kebodohan dari dirinya & diri orang lain
3. Membela syariat
4. Berlapang dada dlm masalah yg diperselisihkan
5. Mengamalkan ilmu
6. Berdakwah kepada jalan Allah
7. Sifat hikmat/bijaksana
8. Sabar dalam belajar
9. Menghormati ulama & memuliakan mereka
10. Berpegang teguh kepada AlQuran & Sunnah
11. Selidiki berita yg diterima
12. Bersungguh2 dlm usaha untuk memahami AlQuran & Sunnah

Kitab: Panduan Lengkap Menuntut Ilmu, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin, mukasurat 25-62
Mohon rakan2 download dahulu 2 buku di link dibawah ini:
https://drive.google.com/open?id=0B9twhD8_k3w-fmx1ZnljVk9Zbk5wOTFYMlM1MWJKN2dyWndqSVJlV2oxUWdNam83SlNHMTA&authuser=0
1. Ensiklopedia Solat
2. Fiqh Manhaji

Juga, nasihat kepada diri sendiri & juga rakan2 disini, saya sertakan hadis dibawah untuk sama2 baca & teliti:
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Amalan itu bergantung dengan niat.
Semoga niat saya & rakan2 disini seiring atau selari.
Jika ada rakan2 yg mempunyai niat untuk mencari2 ruang kesalahan & bukan untuk ilmu, maka saya sarankan samada batalkan niat tersebut atau jadi pemerhati sahaja.

Betulkan niat.

Sunday, 26 April 2015

Lirik Lagu Kupu Kupu Cinta

Lirik Lagu Kupu Kupu Cinta – Sigma

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia
Kupu-kupu cinta
terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta
Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu
Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati

Sifat Solat Nabi

Sifat Solat Nabi

Pengenalan

1.      Dalam Shahih Bukhari dan Muslim Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawasanya dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai yang Anda mandi disana setiap harinya lima kali, apakah masih terdapat kotoran?” Para sahabat menjawab, tidak terdapat kotoran sedikitpun, kemudian Rasulullah shallallahu wa sallam melanjutkan, “Demikianlah solat lima waktu, Allah menghapus segala dosa dengannya” (HR Bukhari No. 528 dan Muslim no. 283)

2.      Kedudukan solat lima waktu dalam agama ini adalah ibarat tiang dari suatu khemah/rumah/bangunan. Tiang yang dimaksud di sini adalah tiang utama. Ertinya jika tiang utama ini roboh, maka tentu suatu kemah/rumah/bangunan akan roboh/runtuh.

3.      Dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ  
“Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” 

(HR. Tirmidzi no. 2616 dan Ibnu Majah no. 3973. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadits ini hasan)

  • Dari ‘Abdullah bin ’Umar radhiyallahu ’anhuma, Rasulullah saw bersabda,

بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

“Islam dibangun atas 5 perkara, iaitu :
  1.  bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang benar untuk diibadahi kecuali Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan-Nya,
  2.  mendirikan solat,
  3. menunaikan zakat,
  4. mengerjakan haji ke Baitullah -bagi yang mampu-, 
  5. berpuasa di bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16)

Faedah yang boleh kita ambil dari hadits di atas:
  1.  Dikatakan dalam hadits ini bahawa islam adalah seperti khemah/rumah/bangunan yang didirikan di atas lima tiang (rukun). Apabila tiang yang terbesar tersebut runtuh, maka runtuhlah kubah Islam.
  2. Dalam hadits ini juga disebutkan bahawa rukun-rukun Islam adalah tiang-tiang suatu kubah (bukan tiang biasa). Di situ ada 2 kalimat syahadat. Kedua kalimat tersebut adalah rukun. Di situ juga ada solat dan zakat yang masing-masing sebagai rukun. Lalu bagaimanalah kubah Islam tetap terus berdiri jika salah satu dari tiang kubah sudah tidak ada, walaupun rukun yang lain masih ada?
  3.  Rukun atau tiang Islam tadi dimasukkan dalam nama Islam. Maksudnya, jika hilang sebahagian rukun, maka hilanglah nama Islam. Lebih-lebih hal ini disebut sebagai rukun atau tiang.

4.      Jumhur para Ulama telah sepakat bahawa hukum meninggalkan solat wajib termasuk dari Dosa Besar yang lebih besar dari dosa besar lainnya.

  • Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)
  • Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” (Al Kaba’ir, hal. 25)
  • Amirul Mukminin, Umar bin Al Khaththob radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah solat. Barangsiapa menjaga solat, berarti dia telah menjaga agama. Barangsiapa yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi. Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“

5.      Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahhab telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah telah menceritakan kepada kami Malik bin Al Huwairits berkata, “Kami mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang ketika itu kami masih muda sejajar umurnya, kemudian kami bermukim di sisi beliau selama dua puluh malam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang pribadi yang lembut.

      Maka ketika beliau menaksir bahawa kami sudah rindu dan selera terhadap isteri-isteri kami, beliau bersabda:
“Kembalilah kalian untuk menemui isteri-isteri kalian, berdiamlah bersama mereka, ajari dan suruhlah mereka, ” dan beliau menyebut beberapa perkara yang sebagian kami ingat dan sebagiannya tidak, “dan solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika solat telah tiba, hendaklah salah seorang di antara kalian melakukan adzan dan yang paling dewasa menjadi imam.”(HR.Bukhari no.6705, Ad Darimi no.1225) Kitab 9 Imam.
Hadith diatas menjelaskan bahawa Nabi shallallahu alaihi wasallam menyuruh kita agar mencontohi beliau dalam melaksanakan solat.