Tuesday, 2 June 2015

Diskusi Bersama Doktor (S21-S40)

Sesi Soal Jawab

Soalan 21
Assalamualaikum, Dr, Zolterol tu ubat apa? Diclofenac sodium 100 mg sustained release tablet? Apa makna ubat, Doc? Terima kasih
Jawapan 21
Diclofenac nama generic, zolterol nama trade. Sustained release maksudnya ubat tu di serap dengan perlahan supaya dapat memberi kesan pada jangka masa yang lama.

Soalan 22
Jika selepas bersalin normal...selepas beberapa bulan...bila time datang bulan...memang tempat jahit tu akan rasa sakit kembali ke?
Jawapan 22
Tak sepatutnya sakit, sebenarnya luka bila baik memang dah baik betul

Soalan 23
Kalau boleh merasa kesakitan apabila datang period sebab faktor apa ye?
Jawapan 23
Cuba tekan, jika ada biji mungkin kelenjar sumbat duct nya, itu yang menyebabkan sakit masa period
Jumpa doktor wanita untuk buat pemeriksaan.

Soalan 24
Apakah tanda2 wanita itu ade fibroids? apa kesan negatif dan positif...terima kasih
Jawapan 24
Fibroid boleh dikesan dengan adanya ketulan dalam abdomen jika ianya besar, kalau kecil boleh dikesan dengan ultrasound. Jika fibroid berada dalam rongga rahim boleh menyebabkan seseorang itu susah untuk hamil. Fibroid jika dibiarkan dan saiznya menjadi besar, bahagian tengahnya akan mati kerana tiada bekalan darah dan akan menjadi cyst yang mengandungi tisu mati. Kesan positif tiada.

Soalan 25
Salam Doc, adakah pengambilan glucosamine and condrotin berasaskan seafood boleh menyebabkan kenaikan dlm uric acid dlm badan? 
Jawapan 25
Kalau dari segi theory tak boleh sebab kedua bahan ini tidak mengandungi sel yang boleh dipecahkan menjadi asid urik.

Soalan 26
2 tahun lepas saya mengalami sakit lutut. Saya ada buat yearly blood test, tak ada apa kecuali saya sedikit anemia dan asid urik saya tinggi. Doktor sarankan saya stop diet tinggi protein macam seafood. 
Untuk sakit lutut tu, hasil pemeriksaan doktor, saya alami pre-osteoarthritis. Buat lagi blood test tapi tak ada apa-apa yang membimbangkan kecuali sel darah putih tinggi sikit. Mungkin sebab inflamation pada lutut. Jadi, doktor sarankan saya ambil glukosamin dan chondroitin tapi suplemen ni bersumberkan seafood.Jadi macamna ya.
Jawapan 26
Bukan semua sea food tak boleh makan, chondroitin mempromosikan ketumbuhan cartillage dan sepatutnya di makan. 

Soalan 27
Kalau manusia selalu bermurung sentiasa adakah akal fikiran nya akan mati? Maksudnya tidak berfungsi.
Jawapan 27
Fikiran tidak mati, kalau mati dia tidak akan murung
Dah buat treatment dengan psikiatri ke? Kalau belum saya sarankan buat dulu dan cuba banyakkan baca Quran dan fikirkan maknanya dengan mendalam. Itu semua tanda kemurungan

Soalan 28
Assalamualaikum Dr..boleh saya tahu apa itu penyakit hypothyroid dan apa kesannya?
Jawapan 28
Hypothyroidism akan menyebabkan kita jadi slow, dalam pergerakan dan berfikir, boleh jadi gemuk, dan bengkak menyeluruh.


Soalan 29
Ayah kepada sahabat saya kini berada di mekah ditahan di hospital kerana lung fibriosis. Dah masuk 5 bulan disana. Doktor tak bagi balik kerana takut complication akibat naik kapal terbang. Adakah begitu skali serius the nature of the illness dan adakah kaedah rawatan alternatif untuknya?
Jawapan 29
Lung fibrosis penyakit yang tak boleh di reverse, bermakna paru paru mengalami kerosakan kekal yang menjadikan kapasiti sapu paru rendah. Tak boleh naik kapal terbang sebab ada kalanya tekanan oksigen rendah di kapal terbang, kalau ini berlaku pesakit akan kekurangan oksigen yang sudah kurang di sebabkan kapasiti yang rendah tadi

Soalan 30
Kalau seseorang itu berubah personaliti, kadang pemurung, rasa down etc dan tak lama selepas tu dia menstruate, ni kira hormon tak stabil kan doc? normal ke ni? kadang saya risau menjejaskan hubungan dengan sekeliling lagi-lagi dengan orang tersayang.. sebab setiap bulan bila nak period ja ada ja yg  tak kena.. nak marah tak tentu pasal... nak control tak boleh sebab adakala tak dapat rasa perubahan sikap ni sebab apa..macam mana nak atasi perkara ni doc? kawan-kawan pun ramai bagi nasihat pergi jumpa doktor sebab diorang pun perasan perubahan ni.. pndangan doc? 
Jawapan 30
Ini namanya premenstrual tension /syndrome. Setengah orang makan epo dan lega sikit

Soalan 31
Kalau hari2 sering sakit kepala kenapa ya doc?
Jawapan 31
Kalau murung memang akan stress yang akan menyebabkan sakit kepala. Kalau makan terlampau sedikit pun boleh menyebabkan sakit kepala
Ialah, kena selalu sembang dengan orang biar ceria

Soalan 32
Kenapa bila minum susu segar waktu malam sebelum tidur, bangun pagi perut meragam dan akan cirit birit. Cuma sementara dan selepas buang akan ok balik.
Jawapan 32
Sebab kita kekurangan lactase yang menghadamkan susu, kena latih usus untuk menghasilkan lactase dengan minum susu sedikit sedikit dan di tambah perlahan lahan. 

Soalan 33
Saya nak tanya bagaimana nak keluarkan serangga seperti semut yang masuk ke telinga tanpa pergi ke klinik? Anak prempuan saya umur 16 thn yang kena, tapi nak pergi klinik kereta masuk workshop pula
Jawapan 33
Bubuh je minyak bagi semut mati dan akan membusuk dan keluar bersama tahi telinga

Soalan 34
Bahayakah resdung doc? Apakah sentum resdung yg kritikal? Betul ke resdung ni adalah ulat di muka? Nampak di youtube mcm2 cara kmpung buang resdung? Sesuai ke cara mengasap muka tu ya?
Jawapan 34
Resdung tandanya selsema dan gatal hidung dan tiada ulat di hidung, ia merupakan penyakit alahan. Mungkin setengah mengatakan sinusitis juga resdung, ini merupakan jangkitan pada rongga udara di sekitar hidung. Kita akan rasa sakit di pipi atau dahi dan sumbat hidung bila kita kena sinusitis

Soalan 35
Macam mana nak hilangkan rasa pening, loya, muntah, dan rasa letih untuk isteri yang mengandung?
Jawapan 35
Aktifkan diri dan banyak bergerak, makan sikit sikit dan kerap

Soalan 36
Kebaikan dan keburukan makan asam sewaktu mengandung. Patut dielakkan atau tak kisah?
Jawapan 36
Kalau jeruk yang di proses lebih baik di elakkan, kalau buah buahan fresh boleh je

Soalan 37
Anak saya selalu gatal-gatal sampi luka-luka sebab digaru. Ada apa-apa jenis krim yang boleh doktor sarankan? Anak umur 8 tahun, berat 40kg.
Jawapan 37
Boleh guna mild steroid, macam hydrocortisone cream

Soalan 38
Saya dah lama kena gastrik..macam-macam ubat doktor dah bagi, sekarang tak boleh makan makanan keras, contoh nasi, rasa pedih sakit. Adakah penyakit ni dah makin teruk?
Jawapan 38
Kena makan sikit sikit dan kerap, insyaa Allah

Soalan 39
Ubat titik dalam mata tu, kalau dah buka boleh guna berapa lama ya? simpan dalam peti ais boleh tahan lama tak?
Jawapan 39
Kena buang selepas 2 minggu, kalau simpan dalam peti ais pun kena buang selepas 2 minggu

Soalan 40
Saya nak tanya, anak saya berusia setahun, tapi dia tak banyak buang air kecil, kadang-kadang dari pagi mandi sampai petang..sekali ja..kalau malam pun kadang-kadang sekali...pampers jarang penuh..ada apa-apa kesan tak?terima kasih.
Jawapan 40
Cuba perhatikan samada air kencingnya pekat dan berwarna seperti air teh, jika warnanya sedemikian kemungkinannya dia tak cukup minum
Kalau warna air kencing okay tak ada darah, saya rasa tak ada masalah.


























Wednesday, 27 May 2015

Diskusi bersama doktor (S1-S20)

Diskusi bersama doktor..

Soalan 1
Apakah beza makan ubat sebelum dan selepas meal? Adakah akan membawa kesan yg berbeza?
Jawapan 1 
Bergantung....sebab ada ubat yg kalau diambil sebelum makan....kesan dia kurang. Dan yg paling penting ubat mesti ditelan dgn air. Sebab ada ubat boleh melekat kat esophagus dan menyebabkan ulcer. Cara makan ubat bergantung pada nature ubat tersebut, ada ubat yang penyerapan nya bagus masa perut kosong dan ada ubat penyerapan nya bagus masa perut penuh, dia tumpang mechanism penyerapan makanan.

Soalan 2
Adakah caffein menyebabkan masalah penghadaman?
Jawapan 2
Ya, caffiene bileh menyebabkan indigestion apatah lagi boleh sebabkan reflux.

Soalan 3
Apakah cara lain untuk mengawal darah tinggi selain memakan ubat hospital.
Betul ke kalau start makan ubat hospital , pesakit tidak boleh berhenti makan.
#pesakit baru dikesan ada darah tinggi. Belum mengambil apa-apa ubat hospital.
Jawapan 3
Bergantung...kalau peringkat awal masih boleh direverse seperti bp 143/ 90. Tp kalau dah advanced seperti 160/ 90 susah sikit dan mungkin perlu bergantung kpd ubat.
Bekam pun boleh banyu kurang tekanan darah....cuma saya tak dpt pastikan samaada sementara atau kesan rawatannya berkekalan.

Soalan 4
 Apakah punca tekanan darah rendah? Pernah beberapa kali mengalami, akan rasa pening, lemah dan lesu. Pastu akan banyak menguap.
Jawapan 4
Tekanan darah dipengaruhi oleh jumlah darah dalam badan, jantung kita, dan elasticity saluran darah kita. Biasa tekanan darah rendah bila badan kurang air....maka jumlah darah dalam badan pun kurang.
Org sakit jantung apabila jantung sudah tak boleh pam secara bagus turut menyebabkan tekanan darah rendah.Dlm sesetengah kes jangkitan serius, akibat rembesan kimia dlm jangkitan tu, saluran paip darah menyebabkan berkembang, menyebabkan resistance jatuh dan tekanan darah turut jatuh.

Soalan 5
Adakah missed denyutan jantung akan menyebabkan seseorg itu akan mengalami sakit jantung?
Jawapan 5
Ini kita panggil missing beat ini disebabkan oleh mungkin ectopic discharge atau bundle branch block pada aliran discaj elektrik di jantung. Ia boleh jadi tidak memberi kesan apa apa atau kesan dari serangan jantung masa lalu.

Soalan 6
Saya  berumur 49 tahun, baru terkena sakit lutut.saya dah pergi cek di klinik.Sudah 2 minggu doc beri ubat tahan sakit ,ubt urat/sendi,viartril-s 500 serta jel reparil.tapi lepas ubat tahan sakit dgn urat sendi habis lutut saya sakit kembali.soalan saya adakah saya kena makan ubt berterusan.doc ckp sakit sendi ni selalu kena pada perempuan.mohon pencerahan dari doc yg pakar dalam sakit lutut ni.
Jawapan 6
Sakit lutut ni insyaa Allah semua orang akan dapat bila sampai masanya di sebabkan kerosakan pada struktur sendi. Sekarang ni ada pelbagai cara rawatan selain dari makan ubat termasuklah dengan menggantikan sendi tersebut. Tapi yang penting ialah buat senaman ringan dan pastikan berat tidak melebihi yang sepatutnya. Semakin berat badan semakin sakit lutut sebab beban bertambah.

Soalan 7
Assalamualaikum, doktor, apa punca kebas kaki bila duduk dilantai terlalu lama? Sakit kaki dan sukar sedikit nak bangun? Adakah rawatan yg sesuai utk kurangkan kebas atau elak perkara ini berlaku?
Jawapan 7
Ini memang semula jadi, elakkan duduk terlalu lama di lantai jika perlu kena ubah kedudukan selalu atau pun bangun seketika
Bila cramp itu menunjukkan kita kurang calcium, kena ambil supplement calcium 600 ke 1000 mg sehari

Soalan 8
Apakah kesan aspartame? Bahan ni ada dlm byk minuman dan sy selalu minum EJuzz ketika berbasikal yg mengandungi bahan ni selain dr 50mg caffeine.
Jawapan 8
Ini merupakan pemanis tiruan dan insyaa Allah selamat jika di gunakan mengikut jumlah yang disarankan

Soalan 9
Doc ape side effect pengambilan diclofenac?? ape tanda2 alergi pada NSAIDs??
Jawapan 9
Side effect diclofenac merosakkan buah pinggang, itu yang paling penting, menyebabkan gastrik dan ulser perut, darah susah nak beku. Jika allergic kita akan dapat gatal kulit dan bengkak kulit dan juga bibir. Kalau teruk sangat kulit akan melepuh dan mengelupas

Soalan 10
Apakah supplement yg sesuai utk menggantikan sayur sbb sy tak mkn sayur walaupun secubit...
Jawapan 10
Mungkin kena ambil multivitamin dan serat.
Sebenarnya dalam sayur sayuran ada lagi nutrient selain dari vitamin, serat dan minerals yang belum di ketahui.

Soalan 11
 Assalamualaikum doc....saya nk bertanya,apakah maksud adhesion colic...baru2 ni adik saya buat opertion dan appendix dibuang..apakah punca dia kena sakit tu dan apa penyebabnya?...dari segi pemaknan pula mcm mna? kena pantang ke?
Jawapan 11
Penyebab appendicitis ialah jangkitan kuman pada appendix. Adhesion colic disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada organ dalam abdomen semasa operation yang menyebabkan usus terlekat dan tidak bebas dan bengkok semasa paristalsis dan tersumbat sementara ini yang menyebabkan sakit perut.

Soalan 12
Nak tnya..betul ke klau bngun tidur pg2 rasa sakit tapak kaki tu..tanda byk kolestrol?
Jawapan 12
Tak lah, itu mungkin calcaneal spur atau fascitis
Calcaneal spur adalah lebih tulang tumbuh.

Soalan 13
Adakah semburan ethylchloride mendatangkan sebarang kesan buruk atau side effect?
Jawapan 13
Boleh skin sensitivity test untuk mengetahui kita alah pada benda apa dan kemudian elakkan. Sementara ini mandi jangan gunakan apa apa jenis sabun, sabun akan menjadikan kulit kering dan tambah gatal, gosok badan gunakan face towel.

Soalan 14
Assalamualaikum, Doc, Apakah SLE? adakah ia bersangkutan dgn Vertigo? Bolehkah ia merebak ke seluruh badan? Apakah symptoms SLE? Ia penyakit keturunan? Bagaimana elakkannya? Jika ia diagnose, apakah rawatan terbaik dan penjagaan terbaik? Maaf byk sangat soalan Doc? Jzklh
Jawapan 14
Wa alaikum salam, sle merupakan sejenis penyakit dimana sistem immune kita menyerang dan memusnahkan tisu kita sendiri. Simptomnya bergantung tisu mana yang di rosakkan, biasanya buah pinggang yang dahulu rosak dan otak biasanya yang terakhir tapi ini bukanlah satu yang tetap, ada juga yang kena otak dahulu.
Ia bukanlah penyakit keturunan dan melibatkan seluruh sistem dalam badan itu dinamakan systemic lupus erythromatosis.
Cara mencegah tiada lagi dan rawatannya mula mula guna steroid, diikuti dengan hydrochloroquin dan akhir sekali methotraxate.

Soalan 15
Salam doc..sy nk tny ape tnda2 haemopneumothorax?adakah pnykt n blh mnyebabkan takikardia?jika trjadi takikardi,adakah ia disebabkan oleh peningkatan kardiac output?maaf bertanya
Cuma nak belajar
Jawapan 15
Haemopneumothorax ialah keadaan di mana ada darah dan udara di lapisan pleura dan ini akan menyebabkan paru paru collapse. Bila ini berlaku bekalan oksigen akan kurang menyebabkan jantung berdenyut laju, ini kita panggil tachycardia.

Soalan 16
Blh terangkn kat sy penyakit Hypotonic hyporesposive episode (HHE).
Jawapan 16
 Ini merupakan keadaan di mana kanak kanak menjadi lembek anggota, tidak responsif dan menjadi pucat dan biru.

Soalan 17
untuk treatment kawasaki memang perlu aspirin untuk 14 hari?/low dose aspirin
Jawapan 17
Kawasaki pada saya tak perlu treatment hanya perlu observation jika ada complication. Mungkin steroid boleh.

Soalan 18
Saya kebelakangan ni rasa dada kiri dihimpit dan ada juga rasa macam dicucuk dan sangat sakit jika bergerak... terpaksa mengawal nafas dan minda supaya jangan panik.. sebab makin panik saya sukar untuk bernafas.... untuk makluman sebelum ni saya penah menjalani prosedur rawatan untuk svt di ijn dan bukan bawah pemerhatian lagi..
Jawapan 18
Susah untuk di kaitkan dengan masalah jantung jika di lihat dari paten sakit dan kelihatan seperti sakit otot dengan komponen anxiety. Svt biasanya apabila telah di periksa dan tiada masalah jantung biasanya okay dan tidak perlu rawatan.

Soalan 19
Bolehkah seorang wanita yg tempoh haidnya panjang(sebelum kahwin haid 7hari...sejak tahun lepas berubah menjadi 12 hari) mengambil ubat penahan haid utk memudahkan ibadat?ada kawan bagitau..ada wanita yang mengalami masalah haid yg panjang mengambil pil penahan haid untuk memudahkan ibadat.(bukan haji n umrah tapi solat)
Jawapan 19
Rasanya tidak perlu ambil ubat penahan haid, islam telah memberi garis panduan bagi yang haidnya lama

Soalan 20
.salam doc..sy nk tny ape akn jd jika vp shunt trsumbat dlm kes hydrocefalus..?adakah mengantok,letih kesu,demam,skt telinga?
Jawapan 20
Apabila tersumbat akan muntah muntah dan sawan. Kalau mengantuk, letih lesu, demam dan sakit telinga kemungkinan ada jangkitan pada shunt. 



Thursday, 14 May 2015

Sifat Solat Nabi - Bab Witir

Bab Witir

1. 2 solat yg Nabi saw tidak pernah tinggal walaupun Nabi saw bermusafir : witir & sunat sebelum subuh
[Dari hadis sahih Muslim & Bukhari]
- semasa menetap di Madinah, Nabi saw lakukan solat2 sunat (akan dibincangkan kemudian)
- Imam Nawawi rh berkata "para ulama sepakat, disukai solat sunat mutlak ketika musafir"

2. Hukum solat witir : sunat muakkadah (sgt2 dituntut / ditekan)

3. Waktu solat witir: setelag isyak hingga sebelum subuh
- solat sebelum tidur jika tak pasti boleh bangun sebelum subuh (dilakukan Abu Bakar ra)
- solat selepas bangun malam sebelum subuh (dilakukan oleh Umar ra)
[Dari hadis Abu Daud, Albani, Sahih]

4. Bilangan rakaat witir
a. 11 : setiap 2 rakaat satu salam + 1 rakaat
b. 13 : sama seperti a
c. 13 : setiap 2 rakaat satu salam + 5 rakaat satu tahiyat akhir (tiada tahiyat awal) & salam
d. 9 : 8 rakaat dgn hanya tahiyat akhir & salam + 1 rakaat
e. 7 : 7 rakaat dgn hanya tahiyat akhir
f. 7 : 6 rakaat dgn hanya tahiyat akhir + 1 rakaat
g. 5 : seperti e
h. 3 : 2 rakaat + 1 rakaat
i. 3 : 3 rakaat dgn hanya tahiyat akhir sahaja
j. 1 rakaat.

5. Qunut dlm witir (seperti solat subuh)
- berbeza pendapat ulamak mahzab dlm hal ini. 3 pendapat:
a. tidak lakukan qunut
b. lakukan pertengan akhir bulan Ramadhan
c. sepanjang tahun
(jika ada buku ini, rujuk perbincangan pendapat di mukasurat 43)
-Imam Ibnu Qudaimah rh berkata, "barang siapa lakukan salah satu dari ini, ia tidak dicela."

6. Tiada 2 witir dlm satu malam (hadis riwayat Abu Daud, sahih)
- jika witir sebelum tidur & mampu bangun tahajjud, maka tak perlu witir lagi.

7. Sunnah kejutkan keluarga solat untuk solat witir (hadis muttafakun alaih)

8. Menggantikan solat witir jika tertinggal (qodo)

Sifat Solat Nabi - Nota 8 - Rukun ke 4: Membaca AlFaatihah

Rukun ke 4: Membaca AlFaatihah

Rujuk buku ebook Fiqh Manhaji mukasurat 286.

a. Dalil kewajipan membaca Al Faatihah:

“Tidak sah shalat seseorang yang tidak membaca Al Fatihah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

b. Bacaan basmallah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) adalah satu ayat dari surah AlFaatihah, tidak sah jika meninggalkan bacaan Basmallah.

Syeikh penulis berdalil berdasarkan hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, hadis dari Ummu Salamah ra. (ini dari buku Fiqh Manhaji terbitan Darul Aswah, mukasurat 146)

Nota tambahan bab Basmallah - dari buku Sahih Tafsir Ibnu Kathir, Pustaka Ibnu Kathir (mukasurat 59-62):

a. Adakah Basmalah sebahagian dari Surah atau tidak? (Khilaf)

i. Para Sahabat Nabi saw membuka Kitabullah dgn membaca Basmalah. Ulama sepakat, Basmallah adalah salah satu dari ayat didlm surah an-Naml.

ii. Terdapat perbezaan pendapat samada Basmallah ini sebahagian dari setiap surah AlQuran (kecuali at-Taubah)
- Sebahagian Alfaatihah : Imam Syafie rh, satu riwayat dari Imam Ahmad bin Hambal rh, Ibnu Abbas ra, dan byk lagi.
- Bukan sebahagian AlFaatihah : Imam Malik rh, Imam Abu Hanifah & satu riwayat dari Imam Ahmad bin Hambal rh

b. Adakah Basmallah dibaca perlahan atau kuat? (Khilaf)

i. Pendapat membaca dengan kuat:
- Imam syafie rh berpendapat bacaan adalah secara kuat. Ini termasuklah abu Hurairah ra, Ibnu Umar ra & ramai lagi.
- Dalilnya adalah kerana Basmallah sebahagian dari ayat & bacaan nya adalah seperti ayat2 lain, secara kuat.
- Juga dari hadis riwayat Abu Hurairah ra dari riwayat AnNasai(II/134 - sahih), Abu Hurairah ra membacanya dengan kuat.

ii. Pendapat membaca dengan perlahan:
- Pendapat yg mengatakan Basmallah bukan sebahagian dari AlFaatihah
- Dalil sahih dari 4 Khalifah, mereka membaca perlahan
- Dalil dari hadis riwayat Muslim, dari Anas bin Malik ra, Nabi saw, Abu Bakar ra, Umar ra & Uthman ra, mereka mulakan dgn membaca Ahhamdulillah hirobil aalamin.

Imam Ibnu Kathir rh menutup perbincangan bab bacaan kuat tau perlahan Basmalah dengan:

"Demikian dasar pengambilan pendapat para2 Imam mengenai masalah ini.

Pendapat mereka tidak lah jauh berbeza, kerana mereka semua sepakat bahawa orang yang solat, baik membaca basmallah secara kuat atau perlahan adalah sah.

Segala pujian dan sanjungan hanyalah milik Allah swt"

*Nota:
 Bacaan Basmallah kuat atau perlahan.
DiMalaysia, kita memang membaca secara kuat. Berlapang dada jika ada Imam tidak membaca secara kuat Basmallah. Ianya Khilaf. kita berlapang dada & sebab ilmulah, kita berlapang dada.
Jika ada rakan2 bersikap tidak baik terhadap rakan lain yg membaca perlahan, maka kita telah menidakkan sebahagian dari sunnah Nabi saw & kehajilan itu terserlah.


Sifat Solat Nabi Nota 7 - Rukun ke 3 -Membaca Ta'awwudz (sunnah)

Membaca Ta'awwudz (sunnah)

a. Rujuk ebook Fiqh manhaji mukasurat 311.

Dalilnya: 
“Jika kamu hendak membaca al Qur’an maka mintalah perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.” (QS. An Nahl: 98)

b. Bacaan2 Ta'awwudz seperti berikut:

i. أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Dari Fiqh Manhaji

ii. أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ، مِنْ هَمْزِهِ و نَفْخِهِ وَ نَفْثِهِ

A-‘uudzu bil-laahi minas syai-thaanir ra-jiim min ham-zihii wa naf-khi-hii wa naf-tsih 
[HR. Abu Daud dan disahihkan Al Albani].

iii. أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ

A-‘uudzu bil-laahis samii-‘il ‘a-lii-mi minas syai-thaa-nir ra-jiim min hamzi-hii wa naf-khi-hii wa naf-tsih 
[HR. Turmudzi dan disahihkan Al Albani]


Sifat Solat Nabi Nota 6 - Rukun ke 3- Doa Iftitah

Doa Iftitah

i. Rujuk buku Fiqh manhaji mukasurat 310, doa iftitah yang di tulis oleh syeikh penulis ada adalah melalu hadis daripada Saidina Ali ra, melalui Riwayat Muslim, no 771:-

 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِين.َ 
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين.َ 
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ. 
Maksudnya:
“Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam. "


ii. Bacaan kebiasaan yang yang di ajar kepada kita adalah seperti berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.(1)
 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ(2)
حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِين.َ 
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين.َ 
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ.

Sebenarnya lafaz ini adalah rangkuman daripada 2 hadis Nabi saw (1) Dari Ibnu Umar, Sahih Muslim & (2) adalah seperti diatas.

Jika mahu menepati sunnah dalam bacaan, samada baca no (1) sahaja atau baca no (2) sahaja secara sendirian pada setiap solat, atau baca doa2 yang selainnya seperti di terangkan di nombor iii dibawah.


iii. Terdapat 12 bacaan doa Iftitah dari Hadis sahih, boleh lah merujuk kepada pdf & link dibawah untuk tahu lebih lanjut:




Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 1
Assalammualaikum..ingin bertanya..apakah hukum jemaah wanita bersolat disebelah kanan suami (imam)..?? adakah disebelah kiri? dan adakah sah solatnya jika berdiri disebelah knan imam? terima kasih.

Jawapan 1
Sila rujuk gambar ini untuk kaedah solat berjamaah lelaki & wanita.



Soalan 2
Jika dilihat kalau 2 org lelaki solat, makmun hampir sebaris dgn imam. Di sini biasanya makmum jauh lg ke blkg. Hampir tp xsama baris atau melebihi imam, tidak juga jauh ke blkg. Minta ulasan, jzklhr

Jawapan 2 
Sebahagian ulama dalam Mazhab al-Syafie berpandangan seorang Makmum walaupun seorang hendaklah berdiri ke belakang sedikit kerana Istishab (الإستصحاب) pada kedudukan asal atau hukum asal seorang Imam yang hendaklah berada hadapan daripada Makmum. Rujuk disini.

Gambar diatas adalah dari hadis sahih. keadaan Nabi saw bersama dengan Ibnu Abbas ra, Baginda saw & Ibnu Abbas ra solat dengan kedudukan seperti gambar diatas. 
Kesimpulannya, jika mengikuti hadis diatas, hendaklah berdiri sebaris dgn imam.
jika mahu mengikuti mahzab kita, makmum berdiri sedikit ke belakang. (sila baca link tersebut untuk penjelasan lanjut).

Soalan 3
Sekadar ingin bertanya..utk bacaan surah yg panjang contohnya surah al-baqarah adakah di bolehkan membaca basmallah pada setiap rakaat ketika memulakan bacaan surah atau memadaai pada rakaat pertama sahaja

Jawapan 3
1. Jika seseorang mula dengan pertengahan surah , maka kebanyakkan ulama' mengatakan tidak ada sebab mengapa seorang tidak mulakan dengannya [iaitu membaca basmalah]. 
Telah disebut kepada Imam Ahmad setelah beliau berkata bahawa seseorang itu janganlah abaikannya dipermulaan surah, :
"Apa kata kalau seseorang memulakan bacaan bukan dari permulaan surah?" Beliau berkata :" Beliau menjawab :"Tidak mengapa". 
Al-'Abaadi meriwayatkan bahawa Imam Syafie menganggap ia juga mustahab (membaca Basamalah apabila mula membaca) bukan di awal surah. 
[Rujuk: http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-2512-lanjutan-masaalah-basmalah]

2. Dari buku Tajwid Lengkap Pustaka Imam Syafie, mukasurat 91, hukumnya boleh membaca dengan atau tanpa Basamallah dipertengan surah. Syeikh penulis memberi rujukan kitab Hilyatut Tilawah (ms 70-71) & Taqribun Nasyr Qiraatil Asyr (ms 81-82)

3. Dari buku Sahih Tafsir Ibnu Kathir, Imam Ibnu Kathr rh menerangkan Sahabat2 Nabi saw memulakan bacaan AlQuran dengan Basmallah secara umum. (ms 58).



Friday, 8 May 2015

Diskusi bersama Doktor

Soal Jawab Kesihatan Sesi Ke-3 (S16-S28)

Soalan 16
Assalamualaikum. Selamat Pagi. Betul kah air beralkali boleh meneutralkan acid dalam perut dan sekali gus menjadikan perut lebih sihat dan kurangkan penyakit sembelit?
Jawapan 16 
Wa alaikum salam, tak pasti tapi kita sangat perlukan acid itu untuk mencernakan makanan, ia hanya akan menjadi masalah bila jarak antara meals terlalu lama.

Soalan 17
Saya selalu buat derma darah apheresis. Apa kebaikan utk badan kita sebagai penderma darah?
Jawapan 17
Adalah satu amalan yang baik untuk menderma darah. Mengikut yang saya tahu tiada kesan buruk atau kesan baik pada badan kita jika menderma darah, darah kita pun akan sentiasa berganti setiap 3 bulan. 
Tetapi jika kita menderma selalu kita akan lebih bahagia sebab kita akan banyak membantu mereka yang memerlukannya

Soalan 18
Apherisis tu maksudnya derma darah yg biasa dibuat masa kempen2 derma darah tu ke ?
Jawapan 18
Derma apheresis ni guna mesin. Dia sedut darah kita dan kembalikan semula darah merah ke badan. yg mereka ambil ialah cecair mcm air kencing...platelet dan plasma.

Soalan 19
Saya selepas selesema, saya akan mengalami masalah kahak pekat.
Boleh syorkan ubat apa yg sesuai nak hapuskan kahak tu? Ia agak mengganggu suara dan konfiden
Jawapan 19
Kahak pekat boleh jadi disebabkan oleh ubat selsema, cari ubat selsema yang ada pseudoephiderine

Soalan 20
Kalau seseorang 2 suka simpan sesuatu dalam hati contoh nya marah pada seseorang..adakah perbuatan itu akan membahaya kan diri nya sendiri?dan boleh ajarkn cara untuk mengatasi masaalah ini?mohon pencerahan
Jawapan 20
Keadaan seperti boleh menyebabkan tekanan dan boleh menyebabkan penyakit psikiatri. Cuba belajar untuk meluahkan kemarahan, boleh je guna body language atau belajar jadi pemaaf.

Soalan 21
Salam. Bayi usia 6 bulan, terhantuk kepala. Dia nak menangis. Muka kebiruan, pucat dan terkulai seketika. Dalam tempoh beberapa minit, kemudian dia jadi kurang bermaya dan letih.
Jika terjadi keadaan mcm sedemikian, apa patut saya buat.
Adakah ini masalah jantung atau paru-paru?
Jawapan 21

Bukan masalah jantung insyaa Allah, itu disebabkan menangis dan berhenti nafas itu yang menyebabkan biru dan pucat, hanya perhatikan bila dia mula bernafas keadaan akan pulih
Yang penting kalau kepala terhentak kena perhatikan selama 48 jam, pastikan tiada muntah atau asyik nak tidur dan kurang aktif, ini berkemungkinan ada pendarahan dalam otak.

Soalan 22
Assalamualaikum doc. Sy ni asyik tny bg pihak rakan2 sebab mereka xde acc telegram..
"Suami saya pernah kemalangan dan patah pinggang. Kecederaan melibatkan saraf. Dulu tak boleh bangun tapi sekarang boleh dengan bantuan tongkat cuma sekejap2 saja. Tak boleh jalan lama dan tak kuat tahan kencing. Mengikut doc mungkin kecederaannya kekal. Jadi, ada tak alternatif lain untuk sembuhkan suami saya samada ubat atau cara lain spt pembedahan"
Jawapan 22
Bila doktor pakar dah mengatakan kecederaan kekal pada saraf memang pada hukum biasa memang tak lagi dirawat, saya bole sarankan senaman untuk memperkuatkan otot bahagian belakang untuk nya berjalan dengan lebih lama.


Soalan 23
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, saya ada 2 soalan tentang ulser di mulut / lidah.
1. Adakah jika ulser berlarutan & lambat sembuh itu petanda badan panas atau kurang minum air?
2. Adakah ulser di mulut boleh menyebabkan kanser mulut / lidah?
Terima kasih doc...
Jawapan 23
1. Penyebab ulcer mulut belum di ketahui dengan pasti 
2. Sebaliknya berlaku, jika ada ulcer yang melebih 1 bulan kena buat pemeriksaan untuk memastikan bukan cancer 
Boleh juga rujuk jawapan doktor gigi di posting yang lalu

Soalan 24
Doc. kenapa tiba2 mcm trcekik wslsupun tak makan atau minum. sekali sekala sj. syukran
Jawapan 24
Boleh jadi perkara biasa ini terjadi mungkin salah kordinasi telan air liur dan tarik nafas

Soalan 25
Assalam doc.....pesakit kncing mnis n buah pnggang bleh x mnum air pnas campur lemon
Jawapan 25
Boleh puan/cik Iza, kalau kencing manis jangan bubuh gula, kalau sakit buah pinggang jangan banyak sangat takut fluid overload.

Soalan 26
Ibu sy selalu mengalami kebas2 pada kedua-dua tangan waktu pagi (bermula subuh - kul9) waktu itu beliau tidak blh bt ape2 kerja sbb x rs ape2. Adakah disebabkan saraf? Dlam kul9 tangan dia akn ok.
Umur 68tahun
Jawapan 26
Jika tiada kencing manis mungkin di sebabkan rendah calcium, b1, b6 dan b12. Cuba ambil suplemen ini, di samping itu boleh rendam tangan dalam air yang suam semasa kebas

Soalan 27
Salam. Apa jadi kalau pesakit darah tinggi meninggalkan makan ubat hospital? Atau makan kadang-kadang?
Jawapan 27
Sangat merbahaya, takut rebound hypertension dan stroke.

Soalan 28
Boleh tak saya nak tahu apa itu anxiety disorder? Dan siapa yang boleh dapat penyakit ini dan apa pula rawatan terbaik.saya terdgr dr ceramah dr danial hari tu
Jawapan 28
Anxiety disorder merupakan penyakit psikiatri dan ada 2 jenis 
1. Anxiety neurosis 
2. Psychotic anxiety







Thursday, 7 May 2015

Diskusi Bersama Doktor

Soal Jawab Kesihatan Sesi Ke-3 (S1-S15)

Soalan 1
Assalamualaikum. Didoakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya nak bertanya kepada para doktor sekalian. Saya mengalami kesakitan di tapak kaki. Adakah ini tanda-tanda gout. Terima kasih.
Jawapan 1
Tidak, gout hanya berlaku di sendi. Kemungkinan tuan mengalami plantar fasciitis

Soalan 2
Plantar fasciitis tu apa doc?Apakah cara rawatannya?
Jawapan 2
Fascia di bahagian tapak kaki mengalami radangan mungkin ia strain dan stretch. Fascia ini satu structure macam tendon tapi nipis di bawah kulit tapak kaki.
Cari kasut yang selesa yang support arch kaki, sementara tu makan ubat anti inflammatory untuk tahan sakit.

Soalan 3
Doc saya seorang yg aktif bersukan dan masalah saya kalau dibandingkan dengan org lain sy cepat berpeluh dlm quantity yang banyak dan meyukarkan dalam aktiviti bersukan. Adakah itu sihat? Dan satu lgi setiap kali nk derma darah mesti sy akn ditanya knape degupan nadi sy rendah.. minta penjelasan dari doc yg bijaksana. Terima kasih.
Jawapan 3
Pada saya berpeluh banyak itu satu yang normal menunjukkan kita cukup minum air. Sportsman memang degup jantungnya rendah sebab stroke volume nya tinggi

Soalan 4
Stroke volume tinggi tu maknaya kebarangkalian jantung saya besar ke doc.. pernah beberapa kali sy tidak dibenarkan utk menderma darah sbb nadi rendah... minta penjelasan yg arif
Jawapan 4
Bila jantung slow jadi masa darah untuk masuk ke jantung lebih lama dan lebih banyak bukanlah sebab jantung membesar.

Soalan 5
Saya mengalami glaucoma.apa yg menyebabkan tekanan pada mata bertambah?
Jawapan 5
Glaucoma terjadi disebabkan cairan dalam mata tidak dapat mengalir keluar. Puncanya trabuculae diantara kanta dan iris tersumbat dan biasanya penyakit keturunan atau kecederaan dan jangkitan yang merosakkan struktur ini.

Soalan 6
Assalamualaikum.. selamat pagi semua.
Dr.. nak tanya tentang Ulser Mulut.
Isteri saya selalu kene ulser mulut ( biasa nya org panggil "mata ikan" )
Apa kah punca boleh jadinya mata ikan ni? org kata sebab kurang minum air? atau ada punca lain?
Jawapan 6
Ulcer mulut sesuatu yang kita tidak berapa faham walaupun di postulate diasosiasikan virus herpes simplex.
Majoriti ubat berkapsul ada gelatin, sebahagian kapsul dibuat dari tumbuh-tumbuhan, sebahagian besar dibuat dari haiwan. 1/3 supply sumber gelatin dunia adalah dari china, masalahnya kita tak tahu farmaceutical company guna gelatin dari sumber mana. Most likely gelatin haiwan sebab kos murah. Di china juga tiada pemantauan adakah haiwan tersebut disembelih @ tidak, dan BUKAN semua gelatin dari khinzir.
Wallahu'alam
Buku ini bagus dlm membincangkan hukum mengambil ubat2 yg ade unsur khinzir, pandangan ulama'-ulama' dan ubat alternatif yg boleh di ambil. Penulis seorang pegawai farmasi graduate UIA, insya allah orang yg siqah.
http://www.halalscience.com/dld/PreviewUbatBabi.pdf
Kalau tak mampu beli, boleh download & baca preview, 40 page jer.
Ulcer di mulut mmg xde penyebab yg pasti...boleh jd sbb stress, sbb pengaruh hormon-ada perempuan slalu jd waktu period, sbb trauma/tergigit/kena benda tajam cam komponen braces..biasa doc bg utk hilang sakit je la..kalau ulcer bykbiji dlm mulut, kena pakai ubat kumur, then tingkatkn consumption vit C, kurgkn stress, jaga Oral hygiene.

Soalan 7
As salam.. doc sy sering sakit bawah perut belah kira,kenapa ya blh beri penjelasan dan cara penyelesaiannya.
Jawapan 7
Sakit perut sebelah kiri mungkin datangnya dari usus besar, salur ureter otot abdomen dan jika ke bawah sedikit mungkin dari pundi kencing. Eloklah kalau yang bertanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Soalan 8
saya nak bertanya bagi pihak sahabat saya. Bulan 11 tahun lepas beliau op utk ectopic pregnancy. Fallopian tube diremove sebelah kiri. Beliau tanya, kenapakah period beliau sampai sekarang masih tak datang? Adakah disebabkan operation atau sebab lain?
Jawapan 8
Period wanita sangat di pengaruhi oleh mood dan emosi, mungkin teman puan masih mengalami tekanan disebabkan pregnancy yang di luar rahim dan kehilangan tube fellopian sebelah

Soalan 9
salam doc..sy nak tanya skrg ni setiap kali nak period mesti sy akan rasa gatal badan n juga mood swing tu biasalah. N satu lg sy akan jd mcm hypo tak cukup gula..sy mula rsa lemah n ketar n also palpitation. Bila time mcm tu sy ambik any sugary food then ill get to my normal condition. This condition will occur b4 period or sometimes after period. Ini ada kaitan dgn hormonal changes or what.
Jawapan 9
Mungkin pengaruh yang hormon membuat premenstrual syndrome dan meningkat kadar metabolisma yang seterusnya menyebabkan paras gula dalam darah jadi rendah. Pada saya seperti reaksi normal sebelum period

Soalan 10
Mcm ne nk elakkan gegendang telinga sakit bile melalui kawasan bukit2 yg tinggi..dlm masa sama kita juga demam dan selesema. Dh cuba utk telan air liur tp x menjadi. Tk
Jawapan 10
Ohh...gegendang telinga sakit tu disebabkan selsema. Pasal bila naik ke tempat tinggi...disebabkan faktor tekanan...hingus naik ke atas sehingga hampiri kawasan telinga.
Solutiomnya ialah settlekan selsema dan hingus . Ada ubay special utk kes ni....tp saya tak ingat ...kena google dulu.

Soalan 11
Oh..klu loratadine ( btl ke ejaan ny ) boleh x nk melegakan selesema ni doc..tq
Jawapan 11
Mmg boleh..tp dia amik masa. Ada ubat spray dlm hidung utk cepat hilang. Useful utk org kerja pilot kapal terbang.
Oxymetazoline pun okay, dan ia bukan steroid. Ada juga dalam bentuk drop dan ada juga preparation untuk kanak kanak berumur 2 tahun ke atas.

Soalan 12
Salam doktor...telinga anak keluar air seakan2 hingus or lendir tetapi tiada bau.simptom apakah ini?dah bagaimana cara rawatnya?terima kasih doktor
Jawapan 12
Anak ini mungkin ada chronic otitis media dan gegendang telinganya berlubang, cuba bawa ke klinik untuk pemeriksaan.

Soalan 13
salam doktor saya nk tanya nie,apakah kesan2 apabila kita selalu mengambil ubat untuk tahan mabuk,contohnya setiap kali naik bas misalnya selalu je telan ubat untuk tahan muntah,apakah kesan sampingannya doktor?
Jawapan 13
Jangan risau, kesan sampingan nya minimal, kita bukan makan berterusan hanya masa nak naik kenderaan, itu pun sebiji atau 2 biji.

Soalan 14
Assalamualaikum doktor..
Kwn sy ada mslh period. Dia tny sy tp sy xpasti nk jawab jgk..bila dia ambik ubat 'lawas period' baru period dia dtg, bila dia xambik ubat tu, period dia xdtg2..kenapa ye?
Jawapan 14
Tak pernah ada ubat lawas period. Sebenarnya yang penting ialah kena cari sebab kenapa tak datang haid, cuba periksa paras hormon dalam darah. Bila tahu sebab apa contoh hormon kurang untuk merangsang dinding rahim untuk menebal dan bukan disebabkan oleh ketumbuhan di otak contohnya jadi kita tak lah risau walaupun haid tak datang. Tak perlulah makan ubat apa apa untuk bagi datang juga

Soalan 15
Salam. Saya kerap sakit urat belakang. Urat belikat. Untuk pulih semula mengambil masa yg lama. Kadang sampai 2 minggu baru ok. Adakah ini normal atau ada tanda penyakit lain?
Terima kasih. Sekian.
Jawapan 15
Apa yang menyebabkan sakit, kerja banyak memanjat atau menarik barang. Itu biasanya otot mengalami strain. 



Wednesday, 29 April 2015

Sifat Solat Nabi - Nota 5- Rukun ke-3 Takbiratul Ihram-bersedekap

3.1 : Bersedekap

a. Fiqh Manhaji, Mukasurat 309.

"Caranya dengan meletakkan jari tangan kanan sambil jari-jari menggenggam belakang pergelangan tangan kiri yang diletakkan di antara bawah dada dan atas dari pusat"
Dalilnya: Dari Sahl bin Sa’ad ra:
“Dahulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan di atas lengan kirinya ketika shalat”
[HR. Al Bukhari 740]

b. Cara "meletakkan tangan kanan di atas lengan kirinya" :

i. Cara pertama yaitu al wadh’u (meletakkan kanan di atas kirim tanpa melingkari atau menggenggam). Letak tangan kanan ada di tiga tempat: di belakang tangan kiri, di pergelangan tangan kiri dan di lengan bawah dari tangan kiri. Dalilnya, hadits dari Wa’il bin Hujr tentang sifat shalat Nabi,
 “..setelah itu beliau meletakkan tangan kanannya di atas belakang tangan kiri, atau di atas pergelangan tangan atau di atas lengan” [HR. Abu Daud 727, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Daud]

ii. Cara kedua yaitu al qabdhu (jari-jari tangan kanan melingkari atau menggenggam tangan kiri). Dalilnya, hadits dari Wa’il bin Hujr ra:

 “Aku Melihat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam berdiri dalam shalat beliau melingkari tangan kirinya dengan tangan kanannya” [HR. An Nasa-i 886, Al Baihaqi 2/28, dishahihkan Al Albani dalam Shahih An Nasa-i]

Tonton / download video ini untuk lebih jelas:
1. http://carasholat.com/cara-shalat-yang-khusuk-cara-bersedekap/
2. https://drive.google.com/file/d/0B9twhD8_k3w-endMNHJkSHlYNjQ/view?usp=sharing (download)

c. Berbagai2 pendapat di dalam masalah letaknya tangan semasa bersedekap ini, samada di bawah pusat, di atas dada & lain2. Disebabkan perbincangannya sangat mengelirukan & berbagai2 hujjah beserta bantahan2, saya syorkan kita rujuk rujuk nota dari buku Fiqh manhaji yang saya tulis di atas.

Semoga ada manfaat.

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 11
Bagaimana pula jika mengangkat takbir sambil pandang ke atas. Jema'ah golongan tua selalu buat gini.Terkadang tu ada yg mata meliar je pandang sekeliling..jika begitu apakah hukumnya ya?
Jawapan 11
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Kenapa orang ramai mengarahkan pandangan mereka ke langit ketika solat? Suara baginda semakin tinggi sehingga baginda bersabda: “Hendaklah mereka menghentikannya atau Allah benar-benar akan menyambar penglihatan mereka.” (Riwayat Bukhari.)
Fathul bari rujuk gambar di bawah


Rujuk gambar dibawah. Perenggan kedua last, pendapat ulamak2:-


(Perenggan akhir tu untuk kita fikir2 kan..)

Soalan 12
Saya ingin mengajukan soalan berkenaan solat dukung bayi yg sunnah.. contohnya dalam video ni:
https://www.youtube.com/watch?v=8D8w6VcIZeA
Soalan sy, bolehkah kita berjalan mengejar anak kita ketika solat sperti dalam video ni? apa dalilnya?

Jawapan 12
Dari sini, saya faham, sahabat tersebut kena batalkan solat.
Di dalam Ensiklopedia Feqah Kuwait, "Manakala membatalkannya dengan sebab yang syar'ie, maka ia suatu yang masyruk. Oleh itu, boleh dibatalkan sembahyang untuk membunuh ular kerana ada perintah supaya membunuhnya, dan boleh dibatalkan sembahyang untuk mengelak kehilangan harta yang bernilai samada kepunyaannya atau orang lain".

Ibn Battal di dalam Syarah Bukhari menyebut bahawa tidak ada khilaf antara fuqaha, jika haiwan tunggangan seseorang lari ketika dia sedang bersembahyang, maka boleh berhenti sembahyang untuk mengejarnya.

Imam Bukhari membuat tajuk dalam Sahihnya: Bab Apabila Haiwan (Tunggangan) Lari Ketika Sedang Sembahyang.

Kemudian, beliau membawakan atsar Qatadah (secara ta'liq), bahawa beliau berkata: Jika bajunya dilarikan orang, maka boleh mengejar pencuri dan berhenti sembahyang.

Rujuk: http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/05/batalkanberhenti-solat-kerana-ada.html?m=1

Soalan 13
Assalamualaikum.. saya nak tanya soalan.. bolehkah seorang makmum berada dikiri imam sebab disebelah kanan imam itu tiada ruang (dinding). Solat jemaah 2 orang. terima kasih..kejadian berlaku ditempat kerja saya. mungkin org itu masbuq selepas mengikuti imam yang pertama, kemudian ada org yg nak berjemaah bersama dia. disebelah kanan xda ruang, lalu dia takbir sebelah kiri.. mohon pencerahan.. adakah diharuskan jika situasi seperti ini terjadi..

Jawapan 13
Kalau begitu, tak ada masalah. Boleh solat sebelah kiri dia. Kerana memang tak ada ruang di sebelah kanan.
Ibn Qudamah kata dalam al-Mughni: "Malik, Syafiq dan ashab ar-Ra'yi kata, berdiri sebelah kiri imam, solatnya sah, sepertimana kes Ibn 'Abbas yang solat di sebelah kiri Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam, dan baginda alihkan beliau ke sebelah kanan, tanpa menyuruhnya mengulangi solat" 

*Nota Tambahan : Watch "PMS2013 [Malay]: Solat Berjemaah 1 Ma'mum - Ustaz Hussain Yee" on YouTube  : https://www.youtube.com/watch?v=I7LdAuwoeOo&feature=youtu.be
Imam bergerak instead of makmum bergerak.    Minit 1-2.
Untuk ilmu.


Sifat Solat Nabi - Nota 5- Rukun ke-3 Takbiratul Ihram

Rukun ke 3: Takbiratul Ihram
[Boleh merujuk ebook Fiqh Manhaji, mukasurat 285]

1. Hadis2 berkenaan dengan rukun ini:
a. Sabda Nabi saw:
“Pembuka solat adalah bersuci, pengharamannya setelah bertakbir dan penghalalannya setelah memberi salam”. [Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Hakim]
b. Sabda Nabi saw:
" Jika kamu hendak mengerjakan solat, bertakbirlah"
[Muttafak alaih]

2. Syarat Takbiratul Ihram:
a. Melafazkan Takbir setelah berdiri
b. Mengadap kiblat
c. Lafaz bahasa arab
d. Mendengar semua huruf takbiratul ihram
e. Niat solat [rujuk nota sebelum ini]

3. Kaedah mengangkat tangan:
a. Telapak tangan dibentangkan secara sempurna dan tidak menggenggam
b. Jari-jari telapak tangan tidak terlalu lebar dan tidak terlalu rapat

i. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw,
”Rasulullah saw ketika memulai solat, beliau mengangkat kedua tangannya dengan dibentangkan.”
[HR. Abu Daud 753, Turmudzi 240, dan dishahihkan al-Albani]

c. Telapak tangan dihadapkan ke kiblat dan diangkat setinggi bahu atau telinga:
i. Dari Ibnu Umar ra, beliau menceritakan,
“Bahwa Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya setinggi bahu, ketika memulai solat.” [HR. Bukhari 735 & Muslim 390].
ii. Dari Malik bin al-Huwairits ra,
“Saya melihat Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya ketika takbiratul ihram, ketika rukuk, ketika i’tidal, hingga setinggi daun telinga.” [HR. Nasai 1024, dan yang lainnya].

4. Cara mengangkat tangan ketika takbir ada 3:
a. Mengangkat tangan sampai bahu lalu membaca takbir
Dari Ibnu Umar ra,
"Apabila Rasulullah saw memulai solat, beliau mengangkat kedua tangannya hingga setinggi pundak, kemudian beliau bertakbir." [HR. Muslim 390].
b. Mengangkat tangan lalu sedekap bersamaan dengan takbir
Dari Ibnu Umar ra,
”Saya melihat Nabi saw memulai takbiratul ihram ketika solat, beliau mengangkat kedua tangannya ketika takbir. [HR. Bukhari 738]
c. Membaca takbir, lalu mengangkat tangan
Dari Malik bin al-Huwairits ra,
”Rasulullah saw ketika selesai takbir, beliau mengangkat tangan” [HR. Muslim 391].

Rujukan:
1. Fiqh Manhaji : ms 285
2. Enskilopedia Solat: ms266-268
3. http://www.konsultasisyariah.com/cara-takbiratul-ihram-yang-benar-dalam-solat/


Dari nota diatas, saya mahu tekankan cara kita mengangkat takbir, melalui hadis sahih:

1. Tangan sejajar dgn bahu
2. Tangan sejajar dgn cuping telinga

Untuk faham lebih lanjut rukun ke 3 ini, bolehlah menonton video ini:


<---Kesalahan dlm bertakbir dari video diatas. minit ke 5. sila2lah tonton untuk kita sama2 ambil manfaat & menuju faham.
-untuk ilmu-

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 8
Assalamualaikum ustaz,mohon pencerahan lanjut.
Solat duduk ada 2 jenis? Duduk atas kerusi / duduk atas lantai..?

Jawapan 8
1. Hadis riwayat An Nasai no 1662 bab solat duduk Nabi saw:
Hadis dari ‘Aisyah ra yang berbunyi:
"Aku melihat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam shalat dengan bersila"
[HR An-Nasâ’I no. 1662 dan dishahihkan al-Albani dalam shohih Sunan an-Nasâ’I 1/538.]
2. Apabila rukuk, maka lakukanlah dengan bersila dengan membungkukkan punggung dan meletakkan tangan di lutut, karena ruku’ dilakukan dengan berdiri.
[Demikian yang dirajihkan Syaikh Ibnu Utsaimin dalam Syarhu al-Mumti’ 4/463]
3. Rujuk juga ebook dibawah, rujuk mukasurat 11 & 12; Syeikh penulis menjelaskan status hadis An Nasai diatas dan juga merujuk kepada perbuatan salaf tentang bab solat duduk ini. Rujuk gambar  dibawah:-

Soalan 9
Assalamualaikum ustaz..dlm nota juga video tak de merujuk kpd kaum wanita...adakah cara berdiri nya sama atau ada perbezaan.

Jawapan 9
1. Solat wanita ada bebeza dengan solat lelaki, secara umumnya:
     a. Wanita tidak dibenarkan Iqaamah atau melaungkan azan.
     b. Solat jemaah tidak dituntut keatas kaum wanita.
     c. Adalah lebih afdal wanita yang bersolat jemaah di imaami oleh kaum wanita.
     d. Imam wanita berdiri ditengah-tengah saf pertama.
     e. Saf wanita yang terakhir adalah lebih baik, apabila bersolat dengan jemaah lelaki.
     f. Kaum lelaki menegur kesalahan Imam dengan menyebut "Subhanallah", sementara kaum wanita menepuk tangan (ada yang menyatakan tepuk dibelakang tangan)
    g. Solat Jumaat tidak wajib bagi wanita.
    h. Wanita tidak boleh menjadi Imam bagi kaum lelaki, dan keadaan saf makmum wanita adalah dibelakang kaum lelaki.

2. Berlaku perbezaan pendapat diatas hadis2 dibawah & bagi ulamak hadis, hadis yg dikategorikan sebagai dhaif, tidak menjadi hujjah dlm menentukan hukum:

a. Riwayat dari 'Ata' ibn al-'Ajlaan, dari Abu Nadrah al-'Abdi, dari Abu Sa'ed al-Khudri sahabat      
 Rasulullah saw, bahawa Nabi saw : 
"Memerintahkan kaum lelaki meluaskan lengan tangan mereka ketika sujud, dan memerintahkan kaum wanita supaya menjaga (merapatkan) lengan mereka ketika mereka sujud, 
Baginda memerintahkan kaum lelaki meluaskan kaki kiri dan meletakkan kaki kanan lurus semasa tashahud, dan memerintahkan kaum wanita duduk diatas kaki mereka" - [al-Baihaqi mengatakan hadith ini mungkar]. 

  b. Riwayat dari Abu Mutee' al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn Dharr, dari Mujahid, dari Abdullah ibn Umar berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seorang wanita duduk, maka dia hendaklah meletakkan pehanya diantara kedua2nya, dan apabila sujud dia menekan perutnya terhadap pehanya, merapatkan dirinya didalam keadaan tertutup, kerana Allah swt melihatnya dan berkata :
'Ya Malaikatku, Aku memanggil kamu agar kamu menyaksikan sesungguh aku telah mengampunkan dosanya'".
[Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 2/222]. Hadith ini dikatakan dha'if kerana diriwayatkan oleh Abu Mutee' al-Balki. al-Bukhari nberkata bahawa beliau adalah dha'if dan al-Nasaa'i juga mengatakan dia adalah dha'if [Lisaan al-Mizaan, 2/334]. 

c. Riwayat dari Yazid ibn Abi Habib, berkata bahawa Rasulullah melalui 2 orang wanita yang sedang bersolat, baginda bersabda :
"Apabila kamu sujud, tekankan daging (badan) kamu kebumi, kerana sesungguhnya wanita tidak sama seperti lelaki didalam itu" 
[di riwayatkan oleh Abu Daud (al-Maraasiil, ms 118) dan al-Baihaqi, 2/223]. Hadith ini tarafnya mursal yang dikelaskan sebagai dha'if.

3. Kaedah bab solat:
Nabi saw bersabda,
صلوا كما رأيتمونى أصلى
"Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” 
[HR. Bukhari, Muslim, Ahmad dan dikeluarkan di Irawaul Ghalil No. 213]

4. Jawab soalan diatas: 
"adakah cara berdiri nya sama atau ada perbezaan?"
Jawab : sama.

Boleh membaca seterusnya: disini

Soalan 10
Akhi zuraideey... kalau solat jemaah sama2 wanita mmg xperlu iqamah ke sebab no 1.a. wanita x dibenarkan iqamah?

Jawapan 10
Azan & Iqomah khas untuk wanita dengan wanita sahaja.
Jika ada lelaki, atau ada lelaki akan dengar, tak boleh.

1. Keterangan dari Ibnu Umar, bahwa beliau ditanya, “Apakah wanita boleh berazan?” Kemudian, beliau marah, dan mengatakan, “Apakah saya melarang orang untuk berzikir (menyebut nama) Allah?” (Riwayat Ibnu Abu Syaibah; sanad-nya dinilai baik oleh Syekh Al-Albani)

2. Riwayat dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahwa dulu beliau melakukan azan dan iqamah, kemudian mengimami jemaah wanita. Beliau berdiri di tengah shaf wanita. (HR. Al-Baihaqi; dinilai kuat oleh Al-Albani)

Rujuk: disini.



Tuesday, 28 April 2015

Sifat Solat Nabi - Soal Jawab

Soalan 1
Alan noor Nokman, [10.04.15 11:06]
Assalamualaikum ustaz zuraideey..saya agak kurang jelas tentang solat menggabungkan duduk dan berdiri dalam nota tambahan tu..

1.bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?
2.nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 1
Zuraideey Abdul Mutalib, [10.04.15 18:23]
Soalan no 1: "bermakna boleh solat duduk dan bangun tu walau tiada uzur?"
[solat fardu mesti/wajib berdiri. Solat sunat, dibolehkan duduk walaupun tiada uzur]

1. Rujuk semual buku Fiqh Manhaji, rukun ke 2 solat adalah berdiri. Rukun bermakna, solat tidak sah jika tidak lakukan rukun jika ia mampu.

Didalam buku tersebut tidak dinyatakan dalil nya, tetapi boleh rujuk disini [http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/tata-cara-berdiri-dalam-shalat.html] untuk tahu dalil rukun ini & secara ringkasnya, hadis ini adalah dalil untuk rukun ini:
Nabi saw bersabda:
“Jika engkau berdiri untuk shalat, ambilah wudhu lalu menghadap kiblat dan bertakbirlah…” (HR. Bukhari 757, Muslim 397)
Menunjukkan tata cara yang disebutkan Nabi tersebut adalah hal-hal yang membuat solat menjadi sah, diantaranya berdiri. Maka tidak sah solat seseorang yang tidak dilakukan dengan berdiri padahal ia mampu untuk berdiri. Ini adalah khusus untuk solat wajib sahaja.
Solat sunat, boleh duduk tetapi pahalanya adalah separuh (rujuk hadis didalam nota 3 disini)

Soalan 2
Nota last sekali dinyatakan pula wajib solat mengadap pembatas/sutrah..
Boleh ustaz jelaskan?

Jawapan 2
Saya sertakan pendapat2 ulamak2 untuk bab sutrah/pembatas:
1. Wajib. Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, Asy Syaukani dan pendapat yang dikuatkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani.
2. Sunnah secara mutlak. Ini merupakan pendapat Syafi’iyyah dan salah satu pendapat Imam Malik
3. Sunnah jika dikhawatirkan ada yang lewat. Ini merupakan pendapat Malikiyyah dan Hanafiyyah.
4. Sunnah bagi imam dan munfarid. Ini pendapat Hanabilah (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 24/178, Tamaamul Minnah, 300).
[Rujuk: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/sutrah-shalat-1-hukum-sutrah.html]

Info tambahan: jika uzur, adakah berkurangan pahala solat jika tidak berdiri?

Berkata Imam Nawawi rh pula :

أجمعت الأمة على أن من عجز عن القيام في الفريضة صلاها قاعداً ولا إعادة عليه ، قال أصحابنا : ولا ينقص ثوابه عن ثوابه في حال القيام ؛ لأنه معذور ،
"Umat sepakat bahawa barangsiapa yang tidak mampu berdiri semasa solat fardu, maka solatnya adalah solat duduk, dan dia tidak perlu mengulangi solatnya. Berkata sahabat kami : ganjaran pahalanya tidak berkurangan dari mereka yang bersolat berdiri kerana keuzurannya" [al-Majmu', 4/226].
[rujuk: http://kaminms.blogspot.com/2014/09/hukum-solat-di-atas-kerusi-bahagian-1.html]

Soalan 3
Assalamualaikum ustaz. Dalam video tu ada ditekankan makmum perlu berdiri dengan jarak kaki (kankang) yg sesuai supaya kaki (buku lali) bertemu kaki. Lazimnya ini agak sukar (untuk pastikan buku lali bertemu buku lali). Jesteru pernah juga saya dengar lebih ditekankan bahu bertemu bahu.
Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan.

Jawapan 3
Waalaikumussalam,
Soalan: "Kemuskilan saya, benarkah bahu bertemu bahu lebih diberatkan."
Rujuk komen dari Imam Nawawi rh & al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh untuk hadis2 berkaitan dengan meluruskan saf:

1. Rasulullah saw pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda :
“Tegakkanlah (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian. Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. 
An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]
Kata Imam Nawawi rh (wafat 676 hijrah):
"Dianggap sebagai bersambungnya satu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan) bahu dengan bahu" [al-Majmu' Syatah al-Muhadzab, 4/306]

2. Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku."
Anas berkata "Maka setuap seorang dari kami saling merapatkan bahu-bahu mereka dengan kaki-kaki sahabat mereka yang disebelah " [HR Bukhari, no 725]
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Askolani rh (wafat 852 hijrah):
"Dan hadis ini memberi gambaran (penjelasan)bahawa perbuatan (merapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki) yang disebutkan tersebut memng diterapkan (atau dilaksanakan) di zaman Nabi saw, dan dengan ini, menjadi lengkaplah gambaran keterangan ke atas penjelasn maksud " Meraikan dan meluruskan saf-saf" [Fathul Bari 2/211]

Rujukan :http://www.ilmusunnah.com/beginilah-seharusnya-merapatkan-saf-ketika-solat-berjamaah/
Rujuk perkataan Imam Nawawi rh untuk kaitkan dengan soalan tersebut.

Nota Tambahan bab Luruskan Saf:
Begini gambaran saf berjamaah mengikut Sunnah Sahih (Sifat Solat nabi saw)


Soalan 4
Ustad..contoh kalau ma'mum batal solat..perlukah ma'mum itu keluar dari saf? Jika ma'mum keluar dari saf,bukankah ia melintasi kawasan sutrah ma'mum lain? Mohon pencerahan ustad

Jawapan 4
Ma'mum yang terbatal solat (contohnya bercakap-cakap, atau ketawa) tak perlu keluar dari saf. Cukup sekadar memulakan solat kembali dengan takbiratul ihram, dan mengikuti imam.
Ma'mum yang terbatal wudhu'nya (contohnya terkentut) perlu segera keluar dari saf untuk berwudhu' dan segera solat kembali untuk mendapatkan pahala jama`ah bersama imam. Apabila wudhu'nya terbatal, dibolehkan bagi ma'mum tersebut untuk berjalan di antara saf, kerana dalam solat jama`ah sutrah imam akan menjadi sutrah ma'mum.
Ini berdasarkan hadits Ibn` Abbas radhiyallahu `anhuma:
أقبَلْتُ راكبًا على حِمارٍ أَتانٍ، وأنا يومَئذٍ قد ناهَزْتُ الاحتِلامَ، ورسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يصلِّي بمِنًى إلى غيرِ جدارٍ، فمَرَرْتُ بين يدَي بعضِ الصفِّ، فنزَلْتُ وأرسَلْتُ الأَتانَ تَرتَعُ، ودخَلْتُ في الصفِّ، فلم يُنكِرْ ذلك عليَّ أحدٌ .
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 861 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku tiba dengan menunggang seekor keldai betina, pada waktu tersebut aku hampir mencapai usia baligh. Sedangkan Rasulullah ﷺ sedang solat di Mina tanpa menghadap ke dinding, kemudian aku menunggang di antara saf, dan aku turun dan membiarkan keldaiku mencari makan. Lalu aku masuk ke saf, dan tiada seorang pun yang menegurku.
Perawi: `Abdullah bin `Abbas * Muhhadits: Al-Bukhari
Sumber: Shahih Al-Bukhari * Nombor: 861 * Status: Shahih
Berdasarkan hadits ini, para `ulama' mengatakan sutrah imam menjadi sutrah ma'mumnya. Maksudnya dalam solat berjama`ah hanya imam yang perlukan sutrah.
* Harus berhati-hati ketika berjalan di antara saf, kerana sebahagian ma'mum meletakkan kacamatanya di lantai ketika solat. Saya pernah meilhat seorang kanak-kanak berlari-lari antara saf ketika solat tarawih dan dia terpijak kacamata seorang ma'mum.
Wallahu a`lam.

Soalan 5
Bolehkah ketika solat, kita berkomunikasi dengan org sebelah agar meluruskan safnya?

Jawapan 5
Tentang berkomunikasi dengan orang yang berada di sebelah kita, mungkin boleh guna kaedah yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ.
بِتُّ عندَ خالتي ، فقام النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يُصلِّي من الليلِ ، فقمتُ أُصلِّي معهُ ، فقمتُ عن يسارِهِ ، فأخذَ برأسي فأَقَامَنِي عن يَمِينِهِ
الراوي : عبدالله بن عباس - المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 699 - خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, lalu Nabi ﷺ bangun untuk solat malam, lalu aku bangun dan solat bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda, lalu baginda memegang kepalaku, dan menarik aku ke sebelah kanannya.
Berpedomankan hadits ini, bererti kita boleh menarik ma'mum di sebelah kita untuk lebih rapat ke arah kita, boleh menariknya untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Selain cara ini, saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak menggunakan cara lain.
* Hendaklah berhati-hati sekiranya menggunakan kaedah ini, kerana dibimbangi terjadinya fitnah. Ini kerana masyarakat kita berpegang kepada mazhab Asy-Syafi`iyyah yang mengatakan pergerakan anggota besar sebanyak 3 kali berturut-turut membatalkan solat.
Wallahu a`lam.
Nota:* "Aku" dalam hadith di atas adalah Ibn `Abbas.

Soalan 6
Assalamualaikum.. saya nak bertanya.. selepas ikhtidal sebelum sujud kita perlu turunkan tangan dahulu atau lutut.. yang mana menepati sunnah nabi s.a.w.. mohon pencerahan ustaz..

Jawapan 6
Para `ulama' berbeza pendapat dalam bab ini. Ada yang mengatakan lutut terlebih dahulu, ada pula yang mengatakan tangan terlebih dahulu.
Hadits (1): Meletakkan lutut sebelum tangan, daripada Wa'il bin Hujr:
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ يَضَعُ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ ، وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Kata Wa'il bin Hujr: Aku melihat Rasulullah ﷺ apabila sujud, baginda meletakkan kedua-dua lututnya sebelum kedua-dua tangannya. Apabila baginda bangkit, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Kata Ath-Tharifi (الطريفي), hadits ini dikritik oleh Ad-Daraquthni. Kata Ad-Daraquthni: "Tiada yang meriwayatkan hadits ini daripada `Ashim bin Kulaib melainkan Syarik. Syarik bukanlah seorang perawi yang kuat apabila dia meriwayatkan suatu hadits secara bersendirian."
Hadits (2): Meletakkan tangan sebelum lutut, daripada Abu Hurairah:
إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Terjemahan: Sabda Rasulullah ﷺ: Apabila salah seorang antara kalian sujud, janganlah turun sebagaimana turunnya unta. Dan hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya.
Menurut Syaikh Ath-Tharifi, hadits ini didha`ifkan oleh Al-Bukhari, At-Tirmidzi, Ad-Daraquthni.
Namun, menurut Ath-Tharifi, `Umar Al-Khatthab radhiyallahu `anhu apabila sujud beliau meletakkan kedua-dua lutut sebelum kedua-dua tangan. Sedangkan anaknya, iaitu `Abdullah bin `Umar radhiyallahu `anhuma apabila sujud meletakkan kedua-dua tangan sebelum kedua-dua lutut. Kesimpulan daripada Ath-Tharifi: Pilih yang mana yang bersesuaian.
* Sesiapa yang sakit lutut, mungkin lebih sesuai baginya untuk meletakkan tangan terlebih dahulu. Begitu juga dengan orang yang terlebih berat badan (namun dia kena berusaha untuk mengurangkan berat badannya - nasihat ikhlas daripada seorang doktor).
Wallahu a`lam.

Soalan 7
Kalau imam dah habis tp kita masih berbaki dua rakaat.. Adkh yg mnjadi sutrah masih si imam?
Jika perkara seperti itu berlaku, adakah dibenarkan utk sesiapa yg lalu dan nmpak akan hal tersebut dtg meletakkan sutrah di depan org itu..?

Jawapan 7
Apabila imam selesai solat, maka sutrah imam tidak lagi menjadi sutrah bagi ma'mum masbuq. Ma'mum tersebut dikira bernasib baik seandainya ada ma'mum yang masih duduk di hadapannya, atau pun sekiranya dia solat di belakang tiang yang sudah pasti tidak akan bergerak ke mana-mana.
Setahu saya, boleh meletakkan sutrah di depan org itu. Misalnya kawan kita masbuq sedangkan kita telah selesai solat bersama imam, kita boleh letakkan sutrah di hadapannya. Saya biasanya letak beg sebagai sutrah.