Tuesday 2 June 2015

Diskusi Bersama Doktor (S21-S40)

Sesi Soal Jawab

Soalan 21
Assalamualaikum, Dr, Zolterol tu ubat apa? Diclofenac sodium 100 mg sustained release tablet? Apa makna ubat, Doc? Terima kasih
Jawapan 21
Diclofenac nama generic, zolterol nama trade. Sustained release maksudnya ubat tu di serap dengan perlahan supaya dapat memberi kesan pada jangka masa yang lama.

Soalan 22
Jika selepas bersalin normal...selepas beberapa bulan...bila time datang bulan...memang tempat jahit tu akan rasa sakit kembali ke?
Jawapan 22
Tak sepatutnya sakit, sebenarnya luka bila baik memang dah baik betul

Soalan 23
Kalau boleh merasa kesakitan apabila datang period sebab faktor apa ye?
Jawapan 23
Cuba tekan, jika ada biji mungkin kelenjar sumbat duct nya, itu yang menyebabkan sakit masa period
Jumpa doktor wanita untuk buat pemeriksaan.

Soalan 24
Apakah tanda2 wanita itu ade fibroids? apa kesan negatif dan positif...terima kasih
Jawapan 24
Fibroid boleh dikesan dengan adanya ketulan dalam abdomen jika ianya besar, kalau kecil boleh dikesan dengan ultrasound. Jika fibroid berada dalam rongga rahim boleh menyebabkan seseorang itu susah untuk hamil. Fibroid jika dibiarkan dan saiznya menjadi besar, bahagian tengahnya akan mati kerana tiada bekalan darah dan akan menjadi cyst yang mengandungi tisu mati. Kesan positif tiada.

Soalan 25
Salam Doc, adakah pengambilan glucosamine and condrotin berasaskan seafood boleh menyebabkan kenaikan dlm uric acid dlm badan? 
Jawapan 25
Kalau dari segi theory tak boleh sebab kedua bahan ini tidak mengandungi sel yang boleh dipecahkan menjadi asid urik.

Soalan 26
2 tahun lepas saya mengalami sakit lutut. Saya ada buat yearly blood test, tak ada apa kecuali saya sedikit anemia dan asid urik saya tinggi. Doktor sarankan saya stop diet tinggi protein macam seafood. 
Untuk sakit lutut tu, hasil pemeriksaan doktor, saya alami pre-osteoarthritis. Buat lagi blood test tapi tak ada apa-apa yang membimbangkan kecuali sel darah putih tinggi sikit. Mungkin sebab inflamation pada lutut. Jadi, doktor sarankan saya ambil glukosamin dan chondroitin tapi suplemen ni bersumberkan seafood.Jadi macamna ya.
Jawapan 26
Bukan semua sea food tak boleh makan, chondroitin mempromosikan ketumbuhan cartillage dan sepatutnya di makan. 

Soalan 27
Kalau manusia selalu bermurung sentiasa adakah akal fikiran nya akan mati? Maksudnya tidak berfungsi.
Jawapan 27
Fikiran tidak mati, kalau mati dia tidak akan murung
Dah buat treatment dengan psikiatri ke? Kalau belum saya sarankan buat dulu dan cuba banyakkan baca Quran dan fikirkan maknanya dengan mendalam. Itu semua tanda kemurungan

Soalan 28
Assalamualaikum Dr..boleh saya tahu apa itu penyakit hypothyroid dan apa kesannya?
Jawapan 28
Hypothyroidism akan menyebabkan kita jadi slow, dalam pergerakan dan berfikir, boleh jadi gemuk, dan bengkak menyeluruh.


Soalan 29
Ayah kepada sahabat saya kini berada di mekah ditahan di hospital kerana lung fibriosis. Dah masuk 5 bulan disana. Doktor tak bagi balik kerana takut complication akibat naik kapal terbang. Adakah begitu skali serius the nature of the illness dan adakah kaedah rawatan alternatif untuknya?
Jawapan 29
Lung fibrosis penyakit yang tak boleh di reverse, bermakna paru paru mengalami kerosakan kekal yang menjadikan kapasiti sapu paru rendah. Tak boleh naik kapal terbang sebab ada kalanya tekanan oksigen rendah di kapal terbang, kalau ini berlaku pesakit akan kekurangan oksigen yang sudah kurang di sebabkan kapasiti yang rendah tadi

Soalan 30
Kalau seseorang itu berubah personaliti, kadang pemurung, rasa down etc dan tak lama selepas tu dia menstruate, ni kira hormon tak stabil kan doc? normal ke ni? kadang saya risau menjejaskan hubungan dengan sekeliling lagi-lagi dengan orang tersayang.. sebab setiap bulan bila nak period ja ada ja yg  tak kena.. nak marah tak tentu pasal... nak control tak boleh sebab adakala tak dapat rasa perubahan sikap ni sebab apa..macam mana nak atasi perkara ni doc? kawan-kawan pun ramai bagi nasihat pergi jumpa doktor sebab diorang pun perasan perubahan ni.. pndangan doc? 
Jawapan 30
Ini namanya premenstrual tension /syndrome. Setengah orang makan epo dan lega sikit

Soalan 31
Kalau hari2 sering sakit kepala kenapa ya doc?
Jawapan 31
Kalau murung memang akan stress yang akan menyebabkan sakit kepala. Kalau makan terlampau sedikit pun boleh menyebabkan sakit kepala
Ialah, kena selalu sembang dengan orang biar ceria

Soalan 32
Kenapa bila minum susu segar waktu malam sebelum tidur, bangun pagi perut meragam dan akan cirit birit. Cuma sementara dan selepas buang akan ok balik.
Jawapan 32
Sebab kita kekurangan lactase yang menghadamkan susu, kena latih usus untuk menghasilkan lactase dengan minum susu sedikit sedikit dan di tambah perlahan lahan. 

Soalan 33
Saya nak tanya bagaimana nak keluarkan serangga seperti semut yang masuk ke telinga tanpa pergi ke klinik? Anak prempuan saya umur 16 thn yang kena, tapi nak pergi klinik kereta masuk workshop pula
Jawapan 33
Bubuh je minyak bagi semut mati dan akan membusuk dan keluar bersama tahi telinga

Soalan 34
Bahayakah resdung doc? Apakah sentum resdung yg kritikal? Betul ke resdung ni adalah ulat di muka? Nampak di youtube mcm2 cara kmpung buang resdung? Sesuai ke cara mengasap muka tu ya?
Jawapan 34
Resdung tandanya selsema dan gatal hidung dan tiada ulat di hidung, ia merupakan penyakit alahan. Mungkin setengah mengatakan sinusitis juga resdung, ini merupakan jangkitan pada rongga udara di sekitar hidung. Kita akan rasa sakit di pipi atau dahi dan sumbat hidung bila kita kena sinusitis

Soalan 35
Macam mana nak hilangkan rasa pening, loya, muntah, dan rasa letih untuk isteri yang mengandung?
Jawapan 35
Aktifkan diri dan banyak bergerak, makan sikit sikit dan kerap

Soalan 36
Kebaikan dan keburukan makan asam sewaktu mengandung. Patut dielakkan atau tak kisah?
Jawapan 36
Kalau jeruk yang di proses lebih baik di elakkan, kalau buah buahan fresh boleh je

Soalan 37
Anak saya selalu gatal-gatal sampi luka-luka sebab digaru. Ada apa-apa jenis krim yang boleh doktor sarankan? Anak umur 8 tahun, berat 40kg.
Jawapan 37
Boleh guna mild steroid, macam hydrocortisone cream

Soalan 38
Saya dah lama kena gastrik..macam-macam ubat doktor dah bagi, sekarang tak boleh makan makanan keras, contoh nasi, rasa pedih sakit. Adakah penyakit ni dah makin teruk?
Jawapan 38
Kena makan sikit sikit dan kerap, insyaa Allah

Soalan 39
Ubat titik dalam mata tu, kalau dah buka boleh guna berapa lama ya? simpan dalam peti ais boleh tahan lama tak?
Jawapan 39
Kena buang selepas 2 minggu, kalau simpan dalam peti ais pun kena buang selepas 2 minggu

Soalan 40
Saya nak tanya, anak saya berusia setahun, tapi dia tak banyak buang air kecil, kadang-kadang dari pagi mandi sampai petang..sekali ja..kalau malam pun kadang-kadang sekali...pampers jarang penuh..ada apa-apa kesan tak?terima kasih.
Jawapan 40
Cuba perhatikan samada air kencingnya pekat dan berwarna seperti air teh, jika warnanya sedemikian kemungkinannya dia tak cukup minum
Kalau warna air kencing okay tak ada darah, saya rasa tak ada masalah.